08 December 2009

Pemeriksaan Tulang oleh Anlene

Program Pemeriksaan Tulang oleh Anlene 9.12.2009 ( Rabu ) Bilik Ixora, Tingkat 15, JKR Sibu, Wisma Sanyan

Sebagai salah satu aktiviti anjuran SHE.Com JKR Bahagian Sibu, pihak Anlene dengan kerjasama jawatankuasa Health SHE.com telah mengadakan ujian tulang percuma untuk kakitangan JKR dan orang awam dari jam 9.00 pagi - 4.00 petang.

Saya telah mengambil kesempatan ini untuk memeriksa ketumpatan tulang... ntah ok ker tak. Al- maklumlah ... umur dah meningkat nie. Proses pemeriksaan ini senang jer. Tak sampai pun 5 minit. Mula - mula saya disuruh duduk kat kerusi, letak kaki kanan ( di bahagian buku lali dan betis ) dalam satu mesin khas dan kemudian kaki saya disembur air. Selepas itu ada rasa panas panas sikit kat buku lali saya. Pada masa ini, mesin tersebut check ketumpatan tulang saya. Pemeriksa mencatat bacaan keputusan dan ia dicatat pada graf yang disediakan. Kemudian, saya diminta untuk ke kawasan analisis. Alhamdulilah, keputusan yang saya perolehi bagus.

Sebenarnya, ini merupakan kali kedua saya menjalankan ujian ini. Kali pertama, keputusannya pun sama jugak. Alhamdulilah, masih elok lagi. Tapi, terus terang saya katakan, saya tak nak mengambil risiko, saya beli sepaket susu Anlene berperisa coklat. Nak mula mengamalkan cara hidup sihat utk tahun 2010. heheheh. Saya nie sebenarnya taaakkkk suka minum susu.. eeeiiihhh... meremang bulu tengkuk bila saya minum susu. Tapi, demi untuk kesihatan, saya cuba jugak. Belilah jugak sepeket. Harganya RM21.00.

Set up kaunter promosi dan pemeriksaan

Salah seorang kakitangan JKR Sibu sedang diperiksa menggunakan mesin khas

Bang Wan ( Kontrak ) sedang dianalisa keputusannya....


Paket anlene yang saya beli... kena cuba jugak.... demi utk kesihatan


Keputusan bone check saya... heheheh... masih ok nampaknya