29 June 2009
My Wishlist 2009 #2
My grandma's birthday party last month was a real wake up call for me. .. to buy a new kamera. Waaahh.. malu jugak rasanya ... camera orang lain semua tak kurang dari 5.0 Megapixel dengan kecanggihan tersendiri. Saya pulak dengan Canon A400 yang megapixelnya 3.2 MP sahaja. ( besar lagi megapixel N95 hubby saya ) sibuk sibuk nak mengambil gambar jugak. Kazen kazen dan uncle uncle saya sorang satu kuarkan Sony Cybershot, Canon Powershot, Fujifilm digital camera dengan 12.1 MP, 10.0MP dan saya pulakkk... segan segan nak snap dengan kamera gedabak saya. Tapi takper biarlah orang kata ketinggalan zaman... yang penting gambar yang saya ambik bagus dan cantik. Yeah!! Semangat mau ada!
Bermula dari hari itulah saya menyimpan hasrat untuk mengupgradekan lagi kamera digital saya. Sebelum ini saya ada kamera BenQ, opis punyer tapi dah rosak. Kena panas masa pergi site. Ntah bila dapat ganti. Jadi, saya mengambil keputusan untuk beli satu personal punyer. Bagi saya... yang penting, ia perlulah kompak untuk memudahkan saya membawanya ke mana - mana dan user friendly. Actually saya dah aim kamera Sony Cybershot tetapii... yang ok ok harga RM700.00 ke atas... hmmmm... dahlah saya under budget sekarang nie. Jadi saya cari yang below RM600.00. Carik punyer carik... jumpalah Nikon Coolpix S220. Harga dia RM590.00. Siap bagi tripod Nikon, 2G SD dan kupon diskaun develope gambar. .. Kira oklah bargain nie. Siap ada beg tote yag cantik lagi sebagai cenderahari percuma.
Ok... spesifikasi kamera saya nie adalah seperti berikut:-10.0MP, 2.5 inch LCD monitor, Electronic VR image stabilazation, ada motion detector, ISO 2000 capability, auto scene selector, quick retoch dan smart potrait system. Bagi saya yang paling best adalah ia kompak dan ada function panorama. Auto scene pun bagus kerana ia dapat menyesuaikan jenis exposure / ISO / aperture dan ciri - ciri yang lain mengikut kesesuaian lokasi dan subjek penggambaran. Ini sudah cukup bagus bagi saya. Punyelah saya suka... Actually kamera nie ader kaler purple tapi kat kedai tempat saya beli dah takder stock. Sedih jugak rasanya tapi... abang alil nasihatkan saya beli yang kaler silver. Pada pendapat saya, kaler silver sesuai untuk kamera kerana ia tak cepat kotor dan nampak exclusive.
Hari ini adalah hari kedua saya menggunakan kamera ini. Dari segi pro, ia user friendly, slim dan senang untuk di bawa ke mana - mana. Namun begitu... ada yang tak best / kontra nyer. Bila kita nak ambik gambar dan tengok dari screen, image yang kita nak ambik ada bayang - bayangan kuning di bahagian tepinya. Mula - mula saya macamnak geram jugak... ingatkan LCD rosak tapi nasib baik bila snap gambar dan tengok balik dalam kamera dan komputer. Kaler dia memang very close to the original. Anyway, kat atas tue saya ada ambik gambar kamera saya dan hasil gambar yang dirakam menggunakan panoramic mode ( actually tak bagus sangat gambar yang saya ambik kerana saya bergegas nak kejar masa.. kalu ada gambar baru... nanti saya up load lagik! ).
Anyway... walaupun ia tak sehebat Sony cybershot .. tapi... its worth lah jika budget anda di bawah RM600.00 untuk memiliki kamera ini. Bagi saya... just point and shoot!
23 June 2009
My Wishlist 2009 #1
Alhamdulilah, saya telah berjaya mendapatkan salah satu item dalam wish list 2009 saya iaitu touch screen phone. Punyerlah lama saya aim hp touch screen. Saya tak kisah apa model dia... tapi yang penting ia berguna dan sesuai dengan imej saya. Pada tanggal 21 Jun 2009 lepas, setelah setengah tahun mengumpul duit... saya berjaya membeli touch screen phone saya iaitu LG KP 500 Cookie. Bagi saya, ia adalah touchscreen yang paling murah tetapi berbaloi. Walaupun takder 3G atau Wifi, tapi fungsinya cukup untuk membuat saya happy. Apa yang saya suka pasal hp ini adalah theme nya yang boleh berubah - ubah dengan sekali sentuhan. Jadi saya customizekan dengan 2 gambar yang paling saya suka. boleh ubah - ubah wallpaper bila boring beb.
Salah satu kelebihan hp ini adalah... kameranya 3.0 yang bagus dan sound sistem yang memuas hati. Saiz phone ini juga kecil dan nipis dan amat sesuai dengan genggaman tangan saya. Semasa saya membeli hp ini, ia tidak disertakan dengan SD mini... jadi, saya beli yang 2G.. kira extra RM50.00. Bagi kawan - kawan yang aeda menyimpan keinginan untuk memiliki hp touch screen yang harga kurang dari RM700.00... boleh lah cuba model ini. Saya rekomen. Ohya, ia ada 5 pilihan warna. Saya pilih coklat keemasan kerana nampak rugged tapi pada masa yang sama.... ekslusif
Subscribe to:
Posts (Atom)