29 June 2009

My Wishlist 2009 #2

Bahagian depan Nikon Coolpix S220 berserta beg yang diberi percuma


Bahagian skrin 2.5 inci LCD dengan button yang mudah guna

CONTOH GAMBAR

Nie gambar sebahagian sungai Rajang yang mengalir di sepanjang bandar Sibu


Padang petanque hilang lah pulak.... lupa nak capture part tue!

My grandma's birthday party last month was a real wake up call for me. .. to buy a new kamera. Waaahh.. malu jugak rasanya ... camera orang lain semua tak kurang dari 5.0 Megapixel dengan kecanggihan tersendiri. Saya pulak dengan Canon A400 yang megapixelnya 3.2 MP sahaja. ( besar lagi megapixel N95 hubby saya ) sibuk sibuk nak mengambil gambar jugak. Kazen kazen dan uncle uncle saya sorang satu kuarkan Sony Cybershot, Canon Powershot, Fujifilm digital camera dengan 12.1 MP, 10.0MP dan saya pulakkk... segan segan nak snap dengan kamera gedabak saya. Tapi takper biarlah orang kata ketinggalan zaman... yang penting gambar yang saya ambik bagus dan cantik. Yeah!! Semangat mau ada!
Bermula dari hari itulah saya menyimpan hasrat untuk mengupgradekan lagi kamera digital saya. Sebelum ini saya ada kamera BenQ, opis punyer tapi dah rosak. Kena panas masa pergi site. Ntah bila dapat ganti. Jadi, saya mengambil keputusan untuk beli satu personal punyer. Bagi saya... yang penting, ia perlulah kompak untuk memudahkan saya membawanya ke mana - mana dan user friendly. Actually saya dah aim kamera Sony Cybershot tetapii... yang ok ok harga RM700.00 ke atas... hmmmm... dahlah saya under budget sekarang nie. Jadi saya cari yang below RM600.00. Carik punyer carik... jumpalah Nikon Coolpix S220. Harga dia RM590.00. Siap bagi tripod Nikon, 2G SD dan kupon diskaun develope gambar. .. Kira oklah bargain nie. Siap ada beg tote yag cantik lagi sebagai cenderahari percuma.
Ok... spesifikasi kamera saya nie adalah seperti berikut:-10.0MP, 2.5 inch LCD monitor, Electronic VR image stabilazation, ada motion detector, ISO 2000 capability, auto scene selector, quick retoch dan smart potrait system. Bagi saya yang paling best adalah ia kompak dan ada function panorama. Auto scene pun bagus kerana ia dapat menyesuaikan jenis exposure / ISO / aperture dan ciri - ciri yang lain mengikut kesesuaian lokasi dan subjek penggambaran. Ini sudah cukup bagus bagi saya. Punyelah saya suka... Actually kamera nie ader kaler purple tapi kat kedai tempat saya beli dah takder stock. Sedih jugak rasanya tapi... abang alil nasihatkan saya beli yang kaler silver. Pada pendapat saya, kaler silver sesuai untuk kamera kerana ia tak cepat kotor dan nampak exclusive.
Hari ini adalah hari kedua saya menggunakan kamera ini. Dari segi pro, ia user friendly, slim dan senang untuk di bawa ke mana - mana. Namun begitu... ada yang tak best / kontra nyer. Bila kita nak ambik gambar dan tengok dari screen, image yang kita nak ambik ada bayang - bayangan kuning di bahagian tepinya. Mula - mula saya macamnak geram jugak... ingatkan LCD rosak tapi nasib baik bila snap gambar dan tengok balik dalam kamera dan komputer. Kaler dia memang very close to the original. Anyway, kat atas tue saya ada ambik gambar kamera saya dan hasil gambar yang dirakam menggunakan panoramic mode ( actually tak bagus sangat gambar yang saya ambik kerana saya bergegas nak kejar masa.. kalu ada gambar baru... nanti saya up load lagik! ).
Anyway... walaupun ia tak sehebat Sony cybershot .. tapi... its worth lah jika budget anda di bawah RM600.00 untuk memiliki kamera ini. Bagi saya... just point and shoot!

4 comments:

  1. Haii.... I add myself as your blog follower...

    ReplyDelete
  2. Engkau bernasib baiklah.

    Kamera yang saya pakai hari ini adalah dipinjam dari staf kamek yang bernama En.Saipulbahrin Samsol Moharip (anak staf JKR Sibu Jua) bapanya kerja bahagian mekanikal.

    Saya punyai opis kamera 14 MP hilang kena curi pada 27.5.2009. You may refer to my blogsot for May punyai news only them u knew what are the thing i kena stolen.

    Haiya! nasib i tidak baiklah.
    Nasihat saya barang yang berharga itu kena simpanlah sebaik mungkin. Kuncikannya or bawa pergi tidur sekali. hahahah. Anda akan mengetahui suatu hari kelak.

    ReplyDelete
  3. Jangan malu2 dengan kamera yg megapixelnya rendah. Saya masih simpan 3.2MP Canon S20 Digital camera, Kalau u find out dia punya harga baru lepas keluar di pasaran...mahal tu tahun 2001. Walaupon i dah beli sony cybershoot 5.0MP 2004, kedua2 nya i saling menunjuk2 kat kawan saya...dah klasik nampak especially my S20 Power shoot dengan Metal Body...Imej nya pun clear, terpulang kpd adjustment sendiri
    Tahniah kerana dapat kamera baru

    ReplyDelete
  4. waaa , thanks buat entri nie . Saya tengah mencari kamera under RM600 . Tapi tak jumpa - jumpa sampai sekarang . =)

    ReplyDelete