Saya dan hubby sampai tepat kul 8.10 pagi. Masa tue, ramai orang baru berkumpul kat parking lot YMCA park nie. Aktiviti pertama.... senamrobik. Instructor aerobic pagi tue memang best. Lagu - lagu pilihan adalah yang terkini dan pergerakkan menarik. Tak boring langsung. Tapi.. pagi tue, saya tak join kerana... MALU ehh... segan.. kawan abang alil banyak... heheheh
After senamrobik, ada majlis perasmian ringkas yang dilaksanakan oleh bos dan seksyen head seksyen head UMW. Selepas itu ada sesi bergambar beramai - ramai. Saya rasa, saya sorang melayu bertudung ari tue.. hehehehh.Setelah sesi bergambar, kami mula mendaftar dan setiap peserta diberi breakfast. Sandwich tuna, cupcake dan pie ayam yang di cater dari Farley bakery. Saya makan betul - betul... lapor.
Selepas makan, kami dimaklumkan sehingga pukul 9.30 pagi, adalah acara bebas. Di kesempatan ini, saya dan abang alil serta beberapa keluarga geng - geng abang alil berjalan - jalan di sekitar taman ini. Rupa - rupanya, ada nature trekking, ada gazebo bbq dan gelanggang bola tampar dan bola keranjang kat tempat ini. Paling saya suka adalah sesi nature trekking. Seronok dapat lihat keadaan seperti di dalam hutan. Nyaman dan tenteram.
Anyway, after nature's walk saya dan hubby ke dewan untuk menyaksikan games yang diadakan untuk family. Seronok jugak tengok mereka bermain sebegini. Ada main ping pong, main bola keranjang, pancing tin minuman dan boling botol mineral. Memang riuh rendah suasana dalam dewan tersebut dengan gelagat anak - anak dan mak bapak yang bersaing untuk memenangi hadiah. Selepas berakhir sesi game, di adakan pula sesi penyampaian hadiah. Boleh tahan hadiah mereka.
Oh! paduhal your husband kerja kat UMW.
ReplyDeleteGood luck you can see their management to organise this kind of function.
Kalau ada bawa anak pergi sana lagi best.
Terasakan keluarga bahagia and perkataan "FAMILY" akan tersemai di hati sanubari anak-anak iaitu Father Mother I Love You, TQ hahahah. Enjoy your life with your life one.