14 June 2011

2011 Macam Macam Ada...

Dah hampir setahun saya tak buat apa apa entry dalam blog nie. Mengapa agaknya? Kerana Facebook!!! Bila dah bukak FB, macam dah tak ingat lagi pasal blogspot nie. So, dalam setahun ini, apa yang telah berlaku eh..? Banyakkkkkk! Di antara benda yang berlaku sejak last entry:-

a. Saya dah der basikal baru. Basikal mountain bike jenama Merida. Macam abang aliil punyer tapi.. tak sebest lah. Yang biasa jer. Kaler putih. Saya beli satu set penuh dengan topi and baju sekali. Sejak beli bike, saya rasa tak sampai sepuluh kali besikal tue ditunggang. Tapi yang peliknya, basikal tue dah sampai ke Kapit beb. Naik bukit kat kawasan bandar Kapit. Pergghhhh letihhhh!













b. Saya dan hubby kini lebih serius dalam photography. Kini, abang alil telah menjadi freelance fotografer di bawah LaiJalak Photography. Saya pulak partner abang alil especially dalam bahagian edit mengedit... kami
mengambil job untuk mengambil gambar perkahwinan dan majlis- majlis makan malam koprat dan event seperti Karnival Belia 1 Sarawak dan terbaru dipelawa oleh sahabat kami untuk mengambil gambar semasa Johnson & Johnson Baby of the Year 2011 untuk bahagian Sibu


c. Dalam tahun ini juga, saya banyak menghadiri kursus fotografi untuk menambah ilmu dalam bidang ini. Di antara kursus yang telah saya hadiri adalah anjuran Opera Visual Art yang mengutarakan Paksu Manual sebagai tenaga pengajar, Outing bersama Saiful Nang di kuching dan kursus anjuran Bintulu Visual Art Community yang membawakan Ted Adnan dan Che Mat Azhar sebagai mentor di Bintulu. Tidak lupa juga kursus Beginner yang di anjurkan oleh Canon Eos World di Hotel RH pada April lalu.

d. Dalam kesibukkan dengan seni fotografi, saya tetap tidak lupa dengan sukan petanque. Walaupun kini saya agak jarang menyertai kejohanan yang dianjurkan diluar, namun saya tetap membuat persediaan jangka masa panjang seperti mengambil Kursus Sains Sukan Tahap 1 anjuran MSN. Tough jugak kursus ini tapi kerana sesungguhnya saya tidak mempunyai latarbelakang bidang sukan. Pada hari terakhir siap ada exam pulak. Hmmmm... dalam kursus inilah juga saya diajar mengenai nama nama dan fungsi tulang tulang serta otot otot dalam badan. Yang paling saya ingat adalah glutanus maximum atau dalam bahasa biasanya... punggung... heheheheh...
Akhirnya, saya telah mendapat keputusan lulus dalam Kursus Sains Sukan Tahap 1 ini dengan 76 markah... hehehehhe... boleh tahan tue... dalam last minute study, dapat jugak tembak - tembak jawapan masa exam dan lulus. Alhamdulilah. Dengan sijil Sains Sukan Tahap 1 ini... saya pikir balik... what next????

e. Petanque memang tetap dihati. Walaupun sibuk, saya dan hubby akan mencuri masa untuk join mana tournament yang sempat. Dalam 2 tahun kebelakangan ini, saya selesa bermain petanque secara double atau all ladies team. Entah mengapa. Fav partner saya adalah Yusarina kalu bermain double. Kekadang saya akan berpartner dengan Martina. Kalu saya main double dengan Ina, biasanya saya akan menjadi shooter dan kalu berpartner dengan Tina saya akan menjadi pointer pulak. Posisi mana yang saya suka? .... hmmm.. tak tau lah kerana saya sukaaaa sangat main petanque ... tak kisah posisi mana yang perlu saya ambil. Saya bantai jer. Yang penting keserasian bermain dan keseronokkannya. Kalah menang belakang kira. :-

No comments:

Post a Comment