Dari tahun 2008 lalu saya telah mula memasang perancangan untuk bergiat dalam arena sukan petanque ini lebih daripada seorang pemain. Sejak mula menjinakkan diri dalam sukan ini dari tahun 2005 lalu, begitu banyak transformasi telah berlaku kepada diri saya dan hubby saya. Dalam 4 tahun kebelakangan ini, pelbagai kejohanan petanque telah kami sertai, beberapa sesi bengkel sukan petanque telah kami hadiri, ramai rakan - rakan baru telah kami kenali dan kini saya mula mengorak langkah dalam persediaan untuk menjadi tenaga penggerak di belakang tabir. Bagi saya, biarlah 2009 saya memegang peranan di belakang tabir sahaja sebagai pengurus pasukan Hornbill Petanque Team Sibu ( HPTS ) dan biarlah geng - geng lelaki yang serius bermain. Kalu tak cukup orang, barulah saya masuk untuk mencukupkan penyertaan.
Sehingga kini, saya telah lebih daripada 3 kali mengurus pasukan Hornbill Petanque Sibu ini iaitu di Melaka Open, Sarawak Open, Santubung Double, KKB Open dan terbaru semasa Miri Open. Di antara tugas - tugas penting seorang pengurus pasukan adalah memastikan segala borang penyertaan siap dihantar ke urusetia kejohanan, kelengkapan sukan setiap ahli kumpulan tersedia, memastikan tempat penginapan dan tempat makan pasukan sesuai, merancang dan mengawal perbelanjaan pasukan, memastikan dan memaklumkan jadual permainan setiap kumpulan serta merekodkan prestasi setiap kumpulan untuk rujukan di masa akan datang. Tugas seorang pengurus memang penting kerana keyakinan dan prestasi sesebuah pasukan itu akan lebih meningkat sekiranya mereka tidak perlu bimbang tentang logistik dan mereka akan dapat menumpukan tumpuan mereka sepenuhnya kepada permainan.
Apabila kita menjadi pengurus, kita ada masa untuk mingle around dan dari sinilah saya mula memerhatikan cara - cara pasukan lain mengurus pasukan mereka dan saya dapati pasukan - pasukan yang berjaya atau dapat melangkah jauh adalah pasukan - pasukan yang mempunyai seorang jurulatih. Contoh yang terbaik adalah SMK Santubong dan Pasukan Negara Brunei Darussalam. Saya mula mengenali pemain - pemain SMK Santubong berserta guru petanque mereka daripada awal penglibatan mereka. Dulu, mereka biasa saja... ( masa tue karnival sukan at Taman Tasik Permai )... cara game mereka pada ketika itu macam budak - budak sekolah lain.. bak kata orang.. boleh makan... Tetapi kini, terus terang saya katakan... SMK Santubong adalah di antara pasukan gergasi petanque di Sarawak. Saya tabik kepada guru - guru mereka yang telah memberi bimbingan dan coaching yang baik dan berterusan. Memang nampak hasilnya. Begitu juga pasukan dari Negara Brunei Darussalam. Pada mula saya memerhatikan mereka di Sarawak Open, mereka masih berada di tahap biasa - biasa sahaja tetapi... kini, semuanya telah berubah. Di bawah latihan dan bimbingan jurulatih import mereka ternyata mereka boleh memberi saingan yang kuat kepada pasukan - pasukan yang terdahulu mencipta nama di arena petanque ini. Buktinya, semasa di Miri Fest Petanque Tournament 2009, ternyata peranan jurulatih mereka begitu penting untuk memberi sokongan moral dan mengatur strategi pasukan mereka. Hasilnya, beberapa pasukan mereka berjaya ke peringkat ke 2. Saya suka melihat kepuasan di wajah setiap jurulatih apabila anak didik mereka dapat melaksanakan pointing atau shooting yang menarik dan memberikan mata kepada pasukan. Tidak lupa juga jurulatih di Bintulu ( Bintulu Sr. and the gang ) yang mana anak didik mereka juga tidak kurang hebatnya apabila kerap menempa top 4 dalam kejohanan terbuka Sarawak.
Hmmm..bertitik tolak dari sinilah saya mula menanam impian pula untuk membimbing dan melatih pemain - pemain baru agar satu hari kelak, sukan petanque ini akan sebarisan dengan sukan teras lain. Untuk menjadi seorang pembimbing atau lebih sesuai digelar jurulatih sukan petanque, saya perlu mempersiapkan diri dengan ilmu - ilmu yang mantap serta pentauliahan dari pihak berkuasa sukan. Salah satu caranya adalah untuk menghadiri kursus kejurulatihan sukan spesifik petanque dan meningkatkan tahap kemahiran saya dalam sukan petanque ini. Bak kata pepatah... alang - alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan. Dengan ini, saya dan hubby tercinta, abang alil bersama - sama menyertai kursus kejurulatihan yang diadakan pada 18 Mei - 22 Mei 2009 lalu di Hotel Li Hua, Bintulu. Pada ketika ini, soal kewangan saya dan hubby terpaksa korbankan demi minat dan semangat untuk memperjuangkan sukan ini. RM450.00 seorang termasuk penginapan, makan minum dan segala kelengkapan berkursus.
Penceramah kami merupakan 2 orang yang berpengalaman dan penting dalam sukan petanque di peringkat PPM ( Persekutuan Petanque Malaysia ) iaitu Tn. Hj. Sheikh Ismail dan Tn. Hj. Zulkifli Salim. Dalam kursus ini, Tn. Hj Sheikh memberi lebih penekanan dalam aspek pengadilan dan perundangan manakala Tn. Hj. Zul lebih memberi penerangan dalam aspek kemahiran permainan. Dalam kursus ini juga ada disentuh sedikit sebanyak mengenai stretegi - stretegi permainan. Walaupun agak ringkas namun ia dapat memberi sedikit sebanyak idea bagaimana untuk berhadapan dengan situasi sebegini dalam permainan. Dalam kursus ini, program pembelajaran diadakan dalam 2 sesi iaitu sesi teori ( hmmm... bilik kuliah mak aihh... sejuk ) dan sesi praktikal (sesi praktikal kat padang petanque KKB ). Selain dari modul yang berkaitan terus dengan petanque, kami juga ada modul anatomi asas dan komunikasi berkesan. Kedua - dua bab ini telah disampaikan oleh seorang penceramah dari Institut Sukan Negara. Sesi bersama penceramah ini memang best giler kerana dia rajin menyakat sampai tak kering gusi kami semua dibuatnya.
Selain daripada sesi kuliah, kami juga dikehendaki membuat tugasan berkumpulan yang mana setiap peserta dibahagikan kepada kumpulan - kumpulan kecil seramai 4 orang sekumpulan. Tugasan setiap kumpulan adalah untuk menunjukkan cara - cara mengajar atlit di bawah bimbingan kita nanti sejenis kemahiran spesifik. Contohnya, tugasan kumpulan kami adalah mengajar dan berlatih lob tepat. Jadi, kumpulan saya membuat demonstrasi bagaimana memberi tunjuk ajar kepada bakal student nanti. Hmmm... pada pendapat saya, semasa latihan tugasan ini, ada pasukan berjaya menyampaikan kehendak tugasan iaitu mereka seperti mengajar atlit berusia 10 - 15 tahun tetapi ada pulak yang macam memberi kursus kepada para pendidik atau lebih tepat lagi orang dewasa. Saya dan beberapa orang geng kat tepi gelanggang nie, macam blur sekejap... nie nak ajar budak ker ajar orang dewasa? Apa - apa pun... yang penting kami semua berjaya menjalankan tugas kami dengan jayanya.
Selain daripada tugasan berkumpulan ini, kami juga dikehendaki menduduki ujian. Mak aihhh.. ujian - ujian nie memang saya tak gemar. Ada dua jenis ujian yang perlu setiap peserta duduki iaitu ujian subjektif dan ujian objektif. Soalan untuk ujian subjektif banyak mengenai sukan petanque dan kejurulatihan secara spesifik manakala soalan objektif pula lebih banyak ke arah sains sukan dan sejarah sukan petanque secara umum. Perghhh susah beb. Tapi yang seronoknya... alhamdulilah, saya dan abang alil dapat markah tertinggi dalam ujian objektif kali ini. Heheheheheh... tak sangka sungguh! Alhamdulilah...
Pada penghujung kursus, saya dan abang alil telah menerima sijil penyertaan dalam satu majlis yang serba ringkas tetapi amat bermakna bagi kami berdua. Walaupun kursus ini telah tamat namun kami masih lagi mempunyai satu tugasan yang mana ia wajib untuk kami memperolehi mengiktirafan daripada PPM dan MSN sebagai jurulatih tahap 1 yang bertauliah. Tugasan kami adalah untuk membimbing seramai minimum 12 orang pelajar untuk menjadi atlit sukan petanque. Kami berdua kini dalam usaha untuk ke arah praktikal tersebut. Walaubagaimanapun, penyertaan dalam kursus ini telah benar - benar membakar semangat saya dan hubby untuk bergiat lebih lagi dalam sukan petanque ini. Insya Allah, kami akan lakukan yang terbaik demi meningkatkan martabat sukan petanque di negeri ini.