Journey saya ke Miri ini telah memberi peluang kepada saya dan rakan - rakan Hornbill untuk mendekati sukan paintball yang kini mula dikenali di Sarawak. Sebenarnya saya nie tak tahu sangat pasal paintball. Tengok kat dalam TV jer. Kebetulan pulak, tempat penginapan kami di Miri nie ( Perkampungan Sukan Petronas ), padang paintball kat sebelah tue jer. Apalagi, kami pun check the place outlah. Boss kat tempat tue amatlah ramah dan tidak lokek untuk memberi kami penerangan dan membenarkan kami demo serta memberi beberapa butir souvinier buat simpanan kami. Free lak tu! Daripada brosure yang boss paintball tu bagi, harga untuk satu set game plus 220 biji peluru adalah RM80.00. Mak aihh.. mahal jugak eh. Tapi bila merasai sendiri menembak tue... perrgghhh macam seronok lah pulak! Nantilah, ada rezeki, boleh cuba. Mungkin buat outing dengan geng - geng team hornbill A lawan team hornbill B... yeah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment