19 May 2009

Demam Akademi Fantasia 7




Demam Akademi Fantasia 7 kini telah berakhir tapi kehangatannya masih saya rasai kerana program realiti TV terbitan ASTRO ini benar - benar berjaya mengubah rutin kehidupan saya dan hubby saya.

Sejak adanya AF7 ini, saya dan abang alil sekarang sure balik awal. Around 8.45 malam memang sure dah ada kat rumah untuk menunggu siaran Diary AF7 yang disiarkan pukul 9.00 malam after news. Yang lawaknya, abang alil pun menjadi peminat setia Diari AF7 ini... siap dia akan komen komen lagi apa - apa adengan yang membuat dirinya kurang berpuas hati... Saya apa lagik... tak berganjak mendengar gomelan Sarimah Ibrahim yang memang mencuit hati. Terhibur sungguh rasa.

Sebab utama saya rasa addicted dengan AF7 kali ini adalah kerana saya ingin memberi sokongan padu kepada salah seorang daripada 3 orang pelajar dari Sarawak yang menjadi pelajar AF7 kali ini memandangkan dia adalah my second cousin ( arwah nenek hafiz dan nenek saya adalah beradik ) dan saya amat meminati bakat yang ada padanya. Kali ini saya vote untuk Hafiz ini hampir setiap minggu. Tak pernah saya vote untuk mana - mana pelajar AF sebelum in tetapi kali ini saya memang ingin Hafiz menang agar seorang juara yang benar - benar berbakat dapat dilahirkan daripada program ini. Yang bestnya, abang alil yang selama ini tak pernah meminati AF selama ini sanggup mengundi at least 3 vote seminggu dengan harapan hafiz akan sampai ke peringkat akhir.

Lagu yang disampaikan Hafiz yang paling meninggalkan kenangan bagi saya sepanjang AF7 kali ini adalah Lagu Kita by Aizat pada konsert pertama dan I Believe I Can Fly by R kelly pada konsert ke 9. Memang syok! Memang hebat! Saya sure akan jadi salah seorang daripada ribuaan peminat Hafiz after this.

Dan untuk konsert terakhir AF7 kali ini, saya sempat mempromosi Afundi Hafiz kat padang petanque. Kebetulan pagi tue, ada Karnival Sukan Petanque anjuran Jabatam Belia dan Sukan. Saya pakai baju t-shirt Hafiz sepanjang kejohanan dan siap ingat ingatkan para peserta pada karnival hari tue... untuk afundi hafiz pada pada konsert akhir nanti. Bagi saya, walaupun secara tidak langsung, at least saya harap ia akan memberi semangat memancing undi rakan - rakan remaja di Sibu untuk vote for hafiz malam itu. Although its something small but I did it for family's sake. Walaupun Hafiz mungkin tak kenal saya ( saya pernah tengok dia menyanyi masa kat Paramount Hotel, Sibu masa gathering Hari Raya famili kami dulu ) tapi I hope that he knows that there are relatives in Sibu yang menyokong perjuangannya dalam bidang ini. Buktinya... HAFIZ IS JUARA AF7!!!!!!!!! I'm hoping all the best for him in life and all the success in the music industry. Insya Allah...

>

2 comments:

  1. Hi Tetty....HAFIZ MEMANG BEST!!!!!Semua org swak terharu

    ReplyDelete
  2. Nyalah yaaa... and kamek dedicate cgek blogpost tuk ngan nya

    ReplyDelete