23 June 2009

My Wishlist 2009 #1

LG KP500 Cookie touch screen phone

Wallpaper boleh berubah - ubah hanya dengan satu sentuhan.

Alhamdulilah, saya telah berjaya mendapatkan salah satu item dalam wish list 2009 saya iaitu touch screen phone. Punyerlah lama saya aim hp touch screen. Saya tak kisah apa model dia... tapi yang penting ia berguna dan sesuai dengan imej saya. Pada tanggal 21 Jun 2009 lepas, setelah setengah tahun mengumpul duit... saya berjaya membeli touch screen phone saya iaitu LG KP 500 Cookie. Bagi saya, ia adalah touchscreen yang paling murah tetapi berbaloi. Walaupun takder 3G atau Wifi, tapi fungsinya cukup untuk membuat saya happy. Apa yang saya suka pasal hp ini adalah theme nya yang boleh berubah - ubah dengan sekali sentuhan. Jadi saya customizekan dengan 2 gambar yang paling saya suka. boleh ubah - ubah wallpaper bila boring beb.

Salah satu kelebihan hp ini adalah... kameranya 3.0 yang bagus dan sound sistem yang memuas hati. Saiz phone ini juga kecil dan nipis dan amat sesuai dengan genggaman tangan saya. Semasa saya membeli hp ini, ia tidak disertakan dengan SD mini... jadi, saya beli yang 2G.. kira extra RM50.00. Bagi kawan - kawan yang aeda menyimpan keinginan untuk memiliki hp touch screen yang harga kurang dari RM700.00... boleh lah cuba model ini. Saya rekomen. Ohya, ia ada 5 pilihan warna. Saya pilih coklat keemasan kerana nampak rugged tapi pada masa yang sama.... ekslusif

2 comments: