02 August 2009

My Wishlist 2009 #3







HP Mini 110 - 1006 TU Computer

My Wishlist yang ketiga ini telah saya idamkan lebih daripada setahun lalu. First time saya terpandang item ini adalah semasa mesyuarat senggaraan kem tentera di Dewan Bukavu Kuching. Ada seorang pegawai askar nie, dia duduk depan saya dan kat lap dia ada sebuah komputer mini yang comel sangat. Kalu tak silap saya Acer Mini. Semasa waktu rehat mesyuarat, saya mintak izin untuk mencuba komputer tersebut. Aduh... selesanya dalam genggaman saya. Pegawai tersebut kata, dia beli around RM 1899.00 kat KL. Yang bestnyer, dia simpan mini komputer tersebut dalam file dokumen plastik yang keras tue jer. Ringan, praktikal dan stylo... waaahhh... saya dah mula menanam hasrat untuk memiliki satu komp mini suatu hari nanti. Macam cute dan praktikal sangat.

Bila abang alil beli laptop, dia beli yang standard...HP Compaq untuk kegunaan kami berdua tapi saya dah terjatuh hati dengan komp mini yang comel dulu dan saya mula menyimpan simpanan khas untuk mini komputer idaman saya ini dan target price is around RM1800.00

Sejak ada laptop abang alil, saya dan abang selalu online. Saya sentiasa dengan blog saya dan abang alil dengan internet surfing. Kami selalu bawak laptop apabila pergi travelling. Hmmm... kekadang ianya terlalu bulky dan kesian tengok abang alil kena carry it around ke hulu ke hilir. Kalulah ada mini komp, taklah begitu berat nak carry. Semakin bersemangat saya bila mengenangkan hal ini. Around bulan Mac lalu, saya ada nampak mini komp HP kat Delta Mall. Saya berkenan sangat kerana depan dia ada corak grafik yang bagi saya lain dari lain. Memandangkan ia HP, lagilah saya suka kerana komp abang alil nanti ada 'adik' yang kecik. hehehhe mesti cute. Model yang saya tengok masa tue adalah HP 1001 TU mini. Kalu tak silap saya kapisitinyer 60G internal HD. Saya refer dengan kawan- kawan yang kaki gadget... mereka pun rekomenkan komp ni.

Semangat saya juga semakin berkobar - kobar bila pergi ke kursus audit 2 minggu lepas. Geng saya Eng. Toh ke mana - mana bawak mini laptop dia semasa kursus. Dia siap promo lagi ke'praktikal'ian lap top ini. Saya apa lagi.. terus mengkompemkan niat untuk membeli satu.

Jadi, setelah menabung setengah tahun, saya bersedia untuk membeli mini komp. Saya sempat survey kat Wisma Seberkas semasa kursus minggu lepas dan saya dah jumpa laptop mini idaman saya dengan harganya RM1499.00. Balik ke Sibu, saya dan hubby pergi ke Delta Mall tapi kedai tue kata dah ada model baru HP 1109 dengan 80G HD. Sistem semua ok dan harga yang ditawarkan pun RM1499.00 Masalahnya.... takder dalam stok. Nak kena order pulak.

Kebetulannya, azman ada kat Kuching sekarang. Jadi, saya suruh adik saya survey carik ada tak stok kat sana. Azman kata ada yang terbaru HP Mini 110 -1006TU dengan 160 G HD,. Waahhh.. macam oklah pulak. Siap macam - macam free gift dia. Harga masih RM1499.00. Yang kat Delta Mall hanya bagi 2G pendrive. Good deal. Saya bank in terus dengan Azman and dia beli komp mini impian saya pada waktu itu jugak. Waaa... best nyer rasa. Alhamdulilah... impian saya dah jadi kenyataan.

Pada hari Sabtu lalu... ayah bawak mini komp saya ini dari Kuching by land ( kebetulan ayah and uncles saya ke Sibu atas urusan keluarga ). Seronoknya dapat hold my own personal lap top. Kecik dan comel jer ... keypad dia pun sesuai dengan tangan saya.

Oh ya... specs mini komp ini adalah seperti berikut:-
* Atom processor
* 160 GB HD
* 1024 MB DDR2 SDRAM
* Microsoft Windows XP
* Webcam
* 5 in 1 media reader
* 10.1 inch screen
as other mini komp, item ini takder CD player tapi ada 3 port USB. Cukuplah tue untuk kegunaan saya. Anyway, buat masa in saya blum pakai betul betul lagi mini komp ini but saya rasa happy kerana sekarang saya nak blog atau nak buat kerja kat rumah, tak payah ganggu komp abang alil.

Petang tadi, first time saya cuba surf internet guna mini komp ini kat Dataran Sibu Fasa Dua. Memang selesa. Yang paling best... saya letak jer dalam beg sling saya.. tak payah bawah backpack.. very easy to carry around and dia punya keypad pun ok. sensitiviti pada touchpad ia pun ok. Anyway, saya rekomen mini komp ini sekiranya ada yang berminat untuk membeli mini komp.

5 comments:

  1. Hahaha, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

    Pandai juga you tolong i promote. Actual my name is good for every body. Toh Chee Leong dengan singkatan TCL. Nak tahu tu... apa itu TV yang branded TCL ialah kepunyaian china made. So sebahagian cara untuk menaikkan nama saya.

    Tapi bagi mereka yang selalu hisap rokok itu ada chance untuk dapat "TV" tapi TV berjenamakan

    T I B I.
    Sama-sama kita membina masyarakat yang sihat dan penyayang.




    Okaylah i wish to share actually is the mini comp. you can bring itu to see boss or other when you want to discuss /show something.
    Ia amat berguna untuk display gambar or power point, & etc.

    Cakap sahaja , tekan sahaja terus ada picture & etc which you want to explain ....
    Tidak ada rugi you beli itu mini komp.lah.

    ReplyDelete
  2. kak...this Mini comp is actually a netbook. kegunaan nya lebih kepada surfing and for info digging. thats why is made in very compact design so user can bring it anywhere.....
    so enjoy your Netbook.....

    ReplyDelete
  3. best nya... saya pun minat juga notebook comel cam tu.. tak le berat nak bawa ke hulu ke hilir ndak.. mun ada masa g cboo survey :)

    ReplyDelete
  4. his mom... sebagai kaki internet.. memang patut kita ada notebook kecik macam tuk... bukan apa... senang kita update blog guna internet...

    ReplyDelete
  5. Got this netbook as a birthday present for my wife. Its white & when RM1199. So light & nice!

    ReplyDelete