14 March 2010

Cuti - Cuti 2010 Kuala Lumpur - Day 2

4 Mac 2010 ( Khamis )

The IKEA adventure

Pada pukul 9.30 pagi tadi, saya dan abang alil telah ke KL Sentral untuk breakfast dan meneruskan rancangan kami untuk ke Genting Highland. Dalam jadual yang telah saya reki sebelum ini, ada dinyatakan bas ke genting akan bertolak seawal 8.00 pagi , 9.00 pagi dan 10.00 pagi. Saya dan abang alil plan nak catch the 10.00 am bus ke genting. Sebelum ke kaunter bas yang terletak di bahagian aras bawah KL sentral, kami berdua menjamu selera di food court yang terletak di tingkat 4 bangunan KL sentral ini. Untuk ke food court ini, saya perlu menggunakan lift yang terletak tidak jauh dari tempat locker DIY di bahagian hujung bangunan ini. Tingkat 4 kalu tak silap saya.

Saya dan abang alil memilih untuk makan nasik campur kat stall yang terletak dihujung food court ini bersebelahan gerai nasik lemak istimewa. Bukan apa, takut susah nak makan kat genting nanti. Nampaknya, banyak jugak choice lauk kat stall ini. Abang teringin sangat nak makan nasi lemak, manakala saya makan nasi campur jer. Tapi yang tak bestnyer... mahal giler. Makan 2 orang, ( saya makan peparu goreng dan kangkung dan abang alil makan nasi lemak + telur masin + ikan ) kena charge RM12.50. Rasanya kalu kat Sibu paling koman pun RM7.00. Hmmm mungkin kerana lokasi nya di KL sentral. Tapi... tetap sedaplah.

Selesai makan, kami berdua ke kaunter bas genting. Tup Tup mereka kata next bus pukul 2.00 petang. Alamak... buang masalah kalu nak ambik bas kul 2.00 nie. Last - last, saya dan abang buat plan B pulak. Kami berdua ke IKEA di area damansara. Hmmm... macamana agaknyer nak ke damansara eh? Itulah gunanya kaunter pertanyaan. Dari info yang diperolehi, kita boleh ke ikea menggunakan LRT ke Stesyen Kelana Jaya, then naik jejantas ke seberang jalan and ambik shuttle bus ke Ikano Power Center. Problemnya sekarang, ntah pukul berapa shuttle bas. Takut lamer pulak menunggu. So, saya dan abang alil proceed ke LRT Kelana Jaya then kami ambik teksi ke Ikea. Tambang teksi RM 8.90 = RM9.00 ikut teksi bermeter.

Sesampai kat ikea, saya dan abang alil aper lagi... membrowsing around untuk mendapatkan idea - idea nak hias rumah. Geram sungguh tengok sofa, katil2 dan rak rak buku yang unik. Sayang sungguh sarawak nie jauh. Nak angkut barang2 bulky macam nie macam susah lah pulak. Kalu lah saya ada umah kat KL... sure barang ikea pilihan saya. hehehhe. Nasib baik saya pergi kali ini bukan hujung minggu atau cuti sekolah. Tak ramai sangat orang kali nie. jadi saya dan abang alil sempat membelek2 dan mencuba peralatan yang disediakan. Dalam trip kali ini, saya dan abang sempat membeli beberapa keperluan dapur dan beberapa set storage compartment yang berwarna - warni. Seronok tengok container kaler kaler macam nie.

Dah 2 jam saya dan abang berjalan - jalan, kami berdua mengisi perut kat cafe Ikea. Saya makan kek fav saya kek dami, 5 pieces meatball with fries. Sedap gila.., Arrggghh... wish Ikea ada kat sarawak. Yang bestnya... free flow of softdrink tue. hehehehe. Selesai makan, kami ke checkout counter. Sedar tak sedar mencecah RM200.00 jugak dibelanja kat Ikea nie. Ohya.. ikea charge Rm0.20 setiap plastik bag dan kalu kita beli bag woven, mereka charge RM2.10 satu beg. Saya beli 2 beg memandangkan saya dan abang alil kena share angkat barang. Nasib baik tak banyak barang. Jenuh jugak nak angkat nanti.

Oh ya, saya dan abang mengambil keputusan pakai shuttle bas sajer ke LRT kelana jaya memandangkan barang tak banyak sangat. Tempat menunggu bas shuttle tak jauh dari Ikea. Kat sini ada disediakan jadual pergerakkan bas. Hmm... lain kali boleh lah saya plan perjalanan. tak payah nak pakai teksi. Save $$$. Kira - kira 10 minit menunggu, kami bertolak ke LRT kelana jaya. Bas amat selesa dan perjalanan tak begitu lama, Kira - kira 15 minit ( kalu tak jam lah ). Bila kami tiba ke LRT kelana jaya, kami terus ambik LRT ke stesyen masjid jamek. Around pukul 4.45 petang, saya dan abang alil dah sampai kat hotel. Letih beb, tapi... seronok sangat. Kalu ada kesempatan sure saya nak ke IKEA lagi... banyak barang yang kami dua aim tapi... kena fikir stretegi dulu macamana nak hantar guna kargo ke Sibu. hmmm ini bermaksud, ada kos penghantaran yang mungkin tinggi... tak per - takper... kita survey dulu

Memandangkan hari ini plan kami ke Genting Highland terpaksa ditunda... jadi, esok mari kita bersukaria di sanaaaaaaaaa......

























1 comment: