02 March 2010

Cuti - Cuti 2010 Kuala Lumpur - Day 1

3 March 2010 ( Rabu )

Hari ini saya dan abang alil bercuti ke Kuala Lumpur. Actually, its for our annual birthday trip. Last year, saya dan abang telah ke Sabah dan pada kali ini kami berdua ingin meneroka ke tempat lain pulak dan dalam masa yang sama nak berbeli barang-barang seperti kain dan baju di KL. Bukan apa.. after a hectic month... I do feel like I need a rest.


Anyway, dalam blog kali ini, saya ingin berkongsi my adventure sepanjang percutian saya dengan harapan ada coretan saya pada kali ini dapat membantu anda diluar sana untuk merancang percutian anda pula dengan budget yang paling minima.




Penerbangan saya pagi tadi adalah dengan menggunakan pesawat MAS yang berlepas pada pukul 7.00 pagi via Sibu. Perjalanan dari Sibu - KL mengambil masa 1 jam 40 minit. Oh ya, lupa nak cakap.. terima kasih kat Cikgu Fendi kerana dia yang berjaya dapatkan saya dan abang alil tiket tambang murah nie. Walaupun tak lah murah sangat tapi kalu pergi balik around RM210 sorang tue dah kira murah tu jika dibandingkan Sibu - Kuching -Sibu dah mencecah RM500 pada hari- hari biasa. Hmm.. lamer tak gi semenanjung. Rindu pulak nak rasa makanan dalam kapal terbang.. hehheheh. Saya memilih menu mi pok dengan ayam manakala abang alil makan nasi lemak. Hmm... honestly saying, terasa kecewa bila tengok menu MAS sekarang. Tak macam dulu. Nasi lemak dia walaupun sedap tapi dah macam kurang kick. Sambal udang dier ok ok jer. dan mi pok dier... hmmm... biasa biasa jer. Tapi saya habiskan jugak. Lapor! Dulu ada menu ommelette... my fav. I was hoping for that tapi not in this flight nampaknya. Selesai makan, saya terlena... maklumlah kena bangun awal pagi tadi.

Penerbangan kami tiba di KLIA pada pukul 840 pagi dan setelah menunggu bagasi kami berdua bergerak ke tempat mengambil BAS untuk ke KL Sentral. Sebenarnya, ada beberapa kaedah untuk ke KL Sentral tapi saya dan abang menggunakan kaedah yang paling menjimatkan iaitu menggunakan Airport Coach @ Bas.

Bas Express untuk ke KL SEntral ini mengenakan tambang RM10 seorang dan basnya cukup selesa. Platform untuk ke tempat mengambil bas adalah di aras 1. Saya cadangkan guna lift kerana untuk ke aras ini dari balai ketibaan. I learned it the hard way kerana saya perlu melalui 2 eskalator dengan membawa beg. Heheheh .. Kalu saya tahu, baik pakai lift. aiyarrkk. Menggunakan Airport Coach merupakan penjimatan yang besar berbanding sekiranya saya menggunakan KLIA Express yang berharga RM35.00. Bayangkan 2 orang dah RM70. Maksudnya saya telah berjaya menjimatkan RM50.00. Kami bertolak dari KLIA pada pukul 9.40 pagi dan tiba di KL Sentral pada pukul 10 30 pagi.


Setibanya saya dan abang alil kat KL Sentral, kami mengisi perut dengan McD breakfast. Something yang takder kat Sibu. Nyam Nyam.. lega sikit rasa. After makan, saya dan abang alil bertolak ke hotel penginapan kami. Jam menunjukkan pukul 12.00 tengah ari. Masih ada 2 jam lagi before check in time. Tapi takper. Maner tahu dapat masuk awal jika ada bilik. Untuk ke hotel penginapan kami, saya dan abang menggunakan Putra LRT ( masuk kat area KL Rapid dan beli tiket kat mesin yang ada kat situ ) dan berhenti kat Masjid Jamek. Tambang seorang adalah RM 1.20 . Sesampai kami kat stesen LRT Masjid Jamek, kami menggunakan exit Masjid India dan the first thing yang saya nampak selepas kuar dari underground escalator adalah signboard Citin Hotel yang dipasang di atas bangunan. Mak aihhh dekat rupanya hotel penginapan saya kali ini.

Hah... nie nak citer pulak pasal tempat saya dan abang alil akan menginap. Sebelum ini, selalunya kami akan duduk di Palace Hotel. Bukan apa, kat Palace Hotel kalu pakai rate gomen, RM 115 nett. Tempat makan pun senang, kat depan hotel jer. Tapi, kali ini saya nak tukar selera pulak. Bukan apa, saya akan duduk lama kat sini, jadi saya cuba cari hotel yang lebih murah tetapi tetap selesa. Saya cuba booking Noble tapi full kerana diblok oleh TNB.. ada program kot mereka kat sana. Palace Hotel charge RM140 semalam kerana minggu depan cuti katanya. Saya apa lagik bukak internet carik budget hotel kat area area nie and tup tup saya jumpa Citin Hotel. Hotel baru. Kat sini harganya RM120 semalam. Saya bukak website dan kebetulan, Citin Hotel buat promotion RM 104 semalam jika duduk lebih 2 malam. Ini sudah ok nie. Probnyer saya tak dapat imagine kat mana Citin Hotel dan tak tahu keadaan sebenarnya fizikal hotel tersebut.. Jadi, nasihat saya, sekiranya kita rajin, search internet untuk ke halaman web hotel tersebut dan cuba lihat sekiranya mereka ada menyediakan promotion dan rajin - rajin jugak baca review. Anyway, kali ini saya tawakal jer lah.







Alhamdulilah, hotel ini amat stategik, I like. Tapi jalan nak ke pintu utamanya... kita kena lintas stall menjual barangan di bazaar masjid india. Heheheh macam kelakar. Dari stesyen LRT kira - kira 3 minit perjalanan sahaja. Tu yang best tue.

3 comments:

  1. Wah! bestnya dapat jalan-jalan dan makan angin. Kamek tok sibuk belum sempat lagi bawa bini dan anak untuk cuti-cuti Malaysia.

    "Selamat Bercuti" dan "Happy Family Gathering" Kita akan berjumpa ketika Kursus Inovatif Kreatif kelak. Kelak blogger boleh berkumpul, hahaha.

    ReplyDelete
  2. Toh... benar eh... 2 hari d RH hotel... jumpa d sanaaaaaa

    ReplyDelete
  3. kak tet..hari ya ikea sales...frust kmk sik dpt pegi

    ReplyDelete