08 December 2009

Pemeriksaan Tulang oleh Anlene

Program Pemeriksaan Tulang oleh Anlene 9.12.2009 ( Rabu ) Bilik Ixora, Tingkat 15, JKR Sibu, Wisma Sanyan

Sebagai salah satu aktiviti anjuran SHE.Com JKR Bahagian Sibu, pihak Anlene dengan kerjasama jawatankuasa Health SHE.com telah mengadakan ujian tulang percuma untuk kakitangan JKR dan orang awam dari jam 9.00 pagi - 4.00 petang.

Saya telah mengambil kesempatan ini untuk memeriksa ketumpatan tulang... ntah ok ker tak. Al- maklumlah ... umur dah meningkat nie. Proses pemeriksaan ini senang jer. Tak sampai pun 5 minit. Mula - mula saya disuruh duduk kat kerusi, letak kaki kanan ( di bahagian buku lali dan betis ) dalam satu mesin khas dan kemudian kaki saya disembur air. Selepas itu ada rasa panas panas sikit kat buku lali saya. Pada masa ini, mesin tersebut check ketumpatan tulang saya. Pemeriksa mencatat bacaan keputusan dan ia dicatat pada graf yang disediakan. Kemudian, saya diminta untuk ke kawasan analisis. Alhamdulilah, keputusan yang saya perolehi bagus.

Sebenarnya, ini merupakan kali kedua saya menjalankan ujian ini. Kali pertama, keputusannya pun sama jugak. Alhamdulilah, masih elok lagi. Tapi, terus terang saya katakan, saya tak nak mengambil risiko, saya beli sepaket susu Anlene berperisa coklat. Nak mula mengamalkan cara hidup sihat utk tahun 2010. heheheh. Saya nie sebenarnya taaakkkk suka minum susu.. eeeiiihhh... meremang bulu tengkuk bila saya minum susu. Tapi, demi untuk kesihatan, saya cuba jugak. Belilah jugak sepeket. Harganya RM21.00.

Set up kaunter promosi dan pemeriksaan

Salah seorang kakitangan JKR Sibu sedang diperiksa menggunakan mesin khas

Bang Wan ( Kontrak ) sedang dianalisa keputusannya....


Paket anlene yang saya beli... kena cuba jugak.... demi utk kesihatan


Keputusan bone check saya... heheheh... masih ok nampaknya

25 November 2009

DRUMSET FOR SALE

MY ON-LINE SHOPPE:


Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli satu set drum 5 piece jenama TAMA... yang conditionnyer tip top... macam brand new lagi... silalah hubungi saya melalui email. Saya tengah nak carik buyer and I prefer to deal dengan sarawakians kerana senang untuk proses penghantaran / pengangkutan sekiranya berminat untuk membeli set drum ini.






Actually sedih jugak rasanya nak berpisah ngan drum set ini ... tapi.... memandangkan ia JARANG sangat dipakai... lebih baik dijual kepada org org muzik yang lebih menggunakannya. Saya beli dulu pun kerana nak blajar main drum pada hujung minggu tetapi saya kini lebih komited dengan sukan petanque. Langsung takder masa nak main. Jadi... saya terpaksa lupakan hasrat saya untuk belajar bermain drum.

Harga pembukaan RM2700.00... boleh runding sikit- sikitlah. Cash term only... boleh bayar 3 kali tapi drum hanya akan diserahkan setelah bayaran diselesaikan.

13 November 2009

Engineering Seminar On Peat Soil

Dalam banyak banyak seminar yang telah saya hadiri, ini merupakan salah satu seminar yang bagi saya agak interesting dan menyeronokkan secara peribadi. Ia telah dianjurkan oleh JKR Sibu , UTHM Johor, SMC dan pelbagai agensi lain dari 15 - 16 Oktober 2009 lalu. Yang membuat seminar ini lain dari yang lain bagi diri saya adalah.. saya telah ditugaskan untuk menjadi pengiring tetamu terhormat pada majlis tersebut, Prof. Datin Dr. Maryati yang juga merupakan salah seorang speaker pada seminar tersebut. Beliau merupakan isteri kepada Naib Chancelor UTHM yang bagi saya ia adalah satu penghormatan kerana diberi kepercayaan oleh Jurutera Bahagian untuk menggalas tanggunjawab tersebut.

Secara jujurnya saya nerves nak mampus. Tak pernah saya menjadi pengiring kepada VIP seperti ini. Saya sorang pulak tue... Saya apa lagi.. saya siap buat kajian tentang latarbelakang tetamu terhormat ini agar tak salah orang nanti bila na jemput kat airport. Hmm.. bagi saya semua saya anggap sebagai cabaran dan saya suuukaaa kan cabaran.


Tugas saya bermula pada malam 14 Oktober 2009 iaitu dengan menjemput pasangan VIP kami di airport. Mati kutu kejap saya... tak tau apa nak xpect tapi nasib baiklah ada isteri kepada Dekan Fakulti Struktur UTHM yang telah banyak membantu saya dan menasihatkan saya apa yang nak dibuat. Thanks alot puan ..

Bertolak dari airport Sibu, kami menuju ke Hotel RH untuk makan malam bersama - sama tetamu jemputan dan pihak penganjur seminar tersebut. Malam tue.. makanan memang best.. Buffet lah tue. Ada laksa sarawak, satay dan macam macam lagi. Saya makan bebenar malam tue.

Jurutera bahagian bersama - sama tetamu terhormat kami iaitu Naib Censelor UTHM bersama isteri. Laaa.. sama hijau rupanya baju saya dengan Dekan yang mengiringi naib cencellor tue... baru perasan lak dalam gambar nie.

Nie gambar kami semua tengah kusyuk tengok persembahan tarian orang ulu kotemporari ...


Waa... seronok dapat cenderahati dari pihak penganjur..


Cenderahati untuk para peserta seminar... Cool!!!


Keadaan di dalam bilik seminar... sambutan yang hangat!!



Inilah nota seminar


Saya kusyuk mendengar ceramah...


Nampak tak saya??? Meja pertama peserta... sebelah kanan... sorang sorang yang pakai tudung kat depan tue


Datin Maryati sempat singgah di pasar Sibujaya untuk merakam gambar ulat mulong...



Di antara cendawan dan kulat yang menarik perhatian Datin Maryati

Suasana semasa waktu makan ( saya tak join kerana hantar Datin ke airport )

Semasa majlis penutupan seminar


Makan malam yang dihost oleh Dato' Sri Wong Soon Koh di Kingwood Hotel sempena Seminar ini


Ladies of the nite