28 July 2009

An Auditor in the making... ???

Internal Quality Audit ISO 9001 : 2008 Awareness Course
1 & 2 Julai 2009
RH Hotel, Sibu






Gap Analysis ISO 9001:2000 vs ISO 9001: 2008 Course
21 & 22 Julai 2009
Bilik Mesyuarat JKR Bahagian Kuching






ISO 9001:2008 Internal Auditor Course
27 & 28 Julai 2009
Bilik Persahabatan, Tingkat 18, Wisma Saberkas, Kuching





Tahun ini merupakan tahun pertama saya mula berjinak - jinak dalam bidang audit mengaudit ini. Sebelum ini, JKR Sibu telah 2 tahun mendapat pengiktirafan sebagai jabatan yang menggunakan prosedur ISO 9001:2000 dari Moody International. Dalam proses untuk mendapat persijilan ini, seksyen saya telah beberapa kali didatangi oleh pihak yang melakukan internal audit. Dalam masa ini saya telah diaudit dan alhamdulilah berkat membuat kerja secara sistematik, seksyen saya hanya beberapa kali sahaja mendapat minor NCR dan observation. Itupun saya dah bersyukur kerana bagi saya ia bukannya menunjukkan seksyen saya slack tetapi penemuan NCR ini memberi peluang untuk memperbaiki saya pengurusan projek yang saya handle agar tidak mendapat masalah apabila diaudit oleh Moody International kelak.

Sebelum ini bagi saya memang saya susah nak menerima penguatkuasaan ISO kerana bagi saya ia amat leceh dan banyak menggunakan kertas sedangkan kita nak go for paperless state... Hmm... nampaknya impian tinggal impian lah macam nie. Walaubagaimanapun, once kita paham bagaimana untuk mempraktikkan QMS ini, ia memudahkan kita sebenarnya. Ia adalah seperti guideline yang penuh dengan dokumentasi dan rekod untuk kita 'mengcover diri' kita jika ada berlaku masalah dalam proses kerja. Walaupun nampak leceh tapi... kita perlu melaksanakan proses dan prosedur yang diperlukan secara konsisten supaya kita tak terasa terbeban.

Namun begitu, bermula dengan kursus Awareness of QMS MS ISO 9001:2008 yang diadakan di RH Hotel Sibu pada 1 & 2 July 2009 lalu, saya telah mula memahami secara lebih detail apa itu QMS MS ISO 9001:2008. JKR Sarawak telah menghantar 3 pegawai untukmenghadiri kursus ini iaitu saya, Nini dan Toh dari JKR Sri Aman dan JKR Mukah. Dalam kursus ini ramai peserta lain dari jabatan dan bahagian yang berlainan. Selain belajar tentang MS ISO, saya dapat banyak kawan baru dalam kursus ini. Macam best lah pulak. Lacturernya pun ok. Banyak bagi tips tips yang bernas. Kami banyak membuat kerja projek berkumpulan. Seronok jugak!

Kursus berikutnya adalah Gap Analysis ISO 9001:2000 vs ISO 9001: 2008. Kursus ini telah di adakan di JKR Kuching pada 21 dan 22 Julai 2009. Kursus ini Ok Ok tapi... ntahlah macam ngantuk giler biler pergi kursus ini. Yang penting makanan nya sedap. Dalam kursus ini saya jumpa ramai kawan - kawan baru yang sama JKR dari bahagian - bahagian lain. Seronok! Toh dan Nini yang sama pergi kursus kat RH Hotel pun ada sekali.

Kursus lanjutan mengenai ISO ini seterusnya diadakan pada 27 dan 28 Julai 2009. Tajuk kursus kali ini adalah ISO 9001:2008 Internal Auditor Course. Kali ini kursus diadakan kat JKRHQ. Kursus 2 hari ini bagi saya best sangat kerana banyak benda baru yang dapat diterangkan dengan lebih perinci dalam kursus kali ini. Dah tue dalam kursus ini, lacturer beri banyak case study dan presentation. Kursus ini nemjadi lebih menarik dan saya lebih faham topik kerana banyak sesi diskusi. Memang berbaloi kursus kali ini.

Kini setelah 3 kali mengikuti kursus berkaitan MS ISO ini, barulah saya paham kepentingan benda ini kepada organisasi. Saya betul - betul berharap akan dapat menggunakan segala ilmu yang telah saya perolehi dalam 3 kursus yang saya hadiri ini untuk meningkatkan prestasi dan pelaksanaan standard ISO yang diamalkan di tempat kerja. Insya Allah...

29 June 2009

My Wishlist 2009 #2

Bahagian depan Nikon Coolpix S220 berserta beg yang diberi percuma


Bahagian skrin 2.5 inci LCD dengan button yang mudah guna

CONTOH GAMBAR

Nie gambar sebahagian sungai Rajang yang mengalir di sepanjang bandar Sibu


Padang petanque hilang lah pulak.... lupa nak capture part tue!

My grandma's birthday party last month was a real wake up call for me. .. to buy a new kamera. Waaahh.. malu jugak rasanya ... camera orang lain semua tak kurang dari 5.0 Megapixel dengan kecanggihan tersendiri. Saya pulak dengan Canon A400 yang megapixelnya 3.2 MP sahaja. ( besar lagi megapixel N95 hubby saya ) sibuk sibuk nak mengambil gambar jugak. Kazen kazen dan uncle uncle saya sorang satu kuarkan Sony Cybershot, Canon Powershot, Fujifilm digital camera dengan 12.1 MP, 10.0MP dan saya pulakkk... segan segan nak snap dengan kamera gedabak saya. Tapi takper biarlah orang kata ketinggalan zaman... yang penting gambar yang saya ambik bagus dan cantik. Yeah!! Semangat mau ada!
Bermula dari hari itulah saya menyimpan hasrat untuk mengupgradekan lagi kamera digital saya. Sebelum ini saya ada kamera BenQ, opis punyer tapi dah rosak. Kena panas masa pergi site. Ntah bila dapat ganti. Jadi, saya mengambil keputusan untuk beli satu personal punyer. Bagi saya... yang penting, ia perlulah kompak untuk memudahkan saya membawanya ke mana - mana dan user friendly. Actually saya dah aim kamera Sony Cybershot tetapii... yang ok ok harga RM700.00 ke atas... hmmmm... dahlah saya under budget sekarang nie. Jadi saya cari yang below RM600.00. Carik punyer carik... jumpalah Nikon Coolpix S220. Harga dia RM590.00. Siap bagi tripod Nikon, 2G SD dan kupon diskaun develope gambar. .. Kira oklah bargain nie. Siap ada beg tote yag cantik lagi sebagai cenderahari percuma.
Ok... spesifikasi kamera saya nie adalah seperti berikut:-10.0MP, 2.5 inch LCD monitor, Electronic VR image stabilazation, ada motion detector, ISO 2000 capability, auto scene selector, quick retoch dan smart potrait system. Bagi saya yang paling best adalah ia kompak dan ada function panorama. Auto scene pun bagus kerana ia dapat menyesuaikan jenis exposure / ISO / aperture dan ciri - ciri yang lain mengikut kesesuaian lokasi dan subjek penggambaran. Ini sudah cukup bagus bagi saya. Punyelah saya suka... Actually kamera nie ader kaler purple tapi kat kedai tempat saya beli dah takder stock. Sedih jugak rasanya tapi... abang alil nasihatkan saya beli yang kaler silver. Pada pendapat saya, kaler silver sesuai untuk kamera kerana ia tak cepat kotor dan nampak exclusive.
Hari ini adalah hari kedua saya menggunakan kamera ini. Dari segi pro, ia user friendly, slim dan senang untuk di bawa ke mana - mana. Namun begitu... ada yang tak best / kontra nyer. Bila kita nak ambik gambar dan tengok dari screen, image yang kita nak ambik ada bayang - bayangan kuning di bahagian tepinya. Mula - mula saya macamnak geram jugak... ingatkan LCD rosak tapi nasib baik bila snap gambar dan tengok balik dalam kamera dan komputer. Kaler dia memang very close to the original. Anyway, kat atas tue saya ada ambik gambar kamera saya dan hasil gambar yang dirakam menggunakan panoramic mode ( actually tak bagus sangat gambar yang saya ambik kerana saya bergegas nak kejar masa.. kalu ada gambar baru... nanti saya up load lagik! ).
Anyway... walaupun ia tak sehebat Sony cybershot .. tapi... its worth lah jika budget anda di bawah RM600.00 untuk memiliki kamera ini. Bagi saya... just point and shoot!

23 June 2009

My Wishlist 2009 #1

LG KP500 Cookie touch screen phone

Wallpaper boleh berubah - ubah hanya dengan satu sentuhan.

Alhamdulilah, saya telah berjaya mendapatkan salah satu item dalam wish list 2009 saya iaitu touch screen phone. Punyerlah lama saya aim hp touch screen. Saya tak kisah apa model dia... tapi yang penting ia berguna dan sesuai dengan imej saya. Pada tanggal 21 Jun 2009 lepas, setelah setengah tahun mengumpul duit... saya berjaya membeli touch screen phone saya iaitu LG KP 500 Cookie. Bagi saya, ia adalah touchscreen yang paling murah tetapi berbaloi. Walaupun takder 3G atau Wifi, tapi fungsinya cukup untuk membuat saya happy. Apa yang saya suka pasal hp ini adalah theme nya yang boleh berubah - ubah dengan sekali sentuhan. Jadi saya customizekan dengan 2 gambar yang paling saya suka. boleh ubah - ubah wallpaper bila boring beb.

Salah satu kelebihan hp ini adalah... kameranya 3.0 yang bagus dan sound sistem yang memuas hati. Saiz phone ini juga kecil dan nipis dan amat sesuai dengan genggaman tangan saya. Semasa saya membeli hp ini, ia tidak disertakan dengan SD mini... jadi, saya beli yang 2G.. kira extra RM50.00. Bagi kawan - kawan yang aeda menyimpan keinginan untuk memiliki hp touch screen yang harga kurang dari RM700.00... boleh lah cuba model ini. Saya rekomen. Ohya, ia ada 5 pilihan warna. Saya pilih coklat keemasan kerana nampak rugged tapi pada masa yang sama.... ekslusif