19 April 2009

Kursus Pertolongan Cemas Asas 2009

Tarikh: 17 - 19 April 2009
Tempat: Pejabat Bulan Sabit Merah Cawangan Sibu, Jalan Awang Ramli Amit

Aduhai... habislah hujung minggu saya kali ini. 3 hari berturut - tur
ut termasuk weekend saya ke pejabat PBSM bagi menghadiri kursus asas pertolongan cemas yang dianjurkan oleh JKR Sibu dan PBSM. Actually saya sendiri yang mencalonkan diri tetapi, taklah saya tahu kursus ini akan diadakan dari hari Jumaat sehingga Ahad. Kalu saya tahu... memang saya pikir 2 kali.

Walaubagaimanapun, saya berasa amat beruntung kerana dapat menghadiri kursus ini. Pengalaman yang saya pengolehi dalam 3 hari berkursus amat berguna untuk diri saya. Selain itu, ia sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada saya untuk bertindak sebagai seorang ahli bantuan cemas jika berlaku sebarang kecemasan. Chewah!
Dalam kursus ini juga, saya berpeluang belajar secara teori dan praktikal tentang kaedah - kaedah memberi rawatan kepada mangsa. Ada bungkus - bungkus kepala, buat arm sling
, angkat mangsa pengsan dan lain - lain lagilah. Yang penting ... jangan panik semasa memberi rawatan!!!

Hari pertama dan kedua... bla bla bla teori dan praktikal. Ngantok... siap tido dalam kelas tapi,,,, hari ketiga ada test! Gulp! Test lah pulak... mak aihhh nak belajar tak sempat. Balik umah asyik letih... tawakal jer lah hari ke3 tue. Kami sempat mengulangkaji pelajaran sebelum test. Pada hari ke 3 at around 12.30, kami memulakan ujian objektif sebanyak 50 soalan. Waaahhh susahnya. Yer ker susah??? Actually tak susah sebenarnya tetapi, mengelirukan beb! Saya sempat ulang balik 2 kali setiap soalan untuk memastikan saya berpuas hati dengan jawapan. After 30 minit, saya hantar jer kertas jawapan. Apa nak jadi.. jadilah. I know I did my best.

Lepas ujian objektif
, kami proceed pula ke ujian lisan dan ujian paraktikal. Semasa menunggu giliran, saya rasa macam nerbes lah pulak... then, bila waktunya sampai untuk ujian... nasib baik saya tak nebes lagi. Rasa seperti berjumpa doktor jer lagaknya. Dalam ujian lisan ini, saya ditanya 2 soalan tentang bendasing masuk mata dan seraangan sakit jantung. Masa praktikal pula saya disoal dan dikehendaki melakonkan situasi membantu student patah kaki dan luka di bahagian lengan. Saya rasa, kalu tak betul pun jawapan saya...lakunan saya boleh dikatakan berkesan.. heheheh.. dapat jadi pelakon teater gitu. Hahahahha... angkat bakul betullah! Setelah siap ujian...apalagi, saya pun pulang bersama sijil kehadiran kursus.

Walaupun letih ... tapi bagi saya kursus ini banyak manfaatnya. Di sepanjang kursus, kelengkapan seperti buku dan nota bagi saya adalah cukup, tenaga pengajar pun bagus, makan dan minum pun ok. Jadi, tak b
anyak komen yang tak baik dalam kursus ini... yang penting... saya dapat ilmu yang berguna.

No comments:

Post a Comment