9 MAC 2009 :- Hari ke-6
Hari ini merupakan sambutan Maulidur Rasul. Maksudnya, hari ini adalah hari cuti umum. As planned, kami nak island hopping. Yeah!!! Seawal pukul 8.30 kami terlah bergerak dari hotel ke Terminal Jesselton Point. Trip kami ke ketiga - tiga pulau yang terletak di kawasan Taman Marin Tuanku Abdul Rahman termasuk sewaan peralatan snorkeling cost around RM 135.00. Bot kami bertolak pada pukul 9.00 pagi dan destinasi pertama kami adalah Pulau Mamutik. Perjalanan tidak jauh. Tak sampai pun 15 minit. Inilah first time saya ke pulau peranginan sebegini. Wahh... cantik sungguh pemandangan. Air laut jernih, nampak ikan - ikan di dalam air... gerammnyer. Untuk masuk ke kawasan ini, saya dan abang perlu membayar RM3.00 seorang di kaunter pulau pertama kita jejaki. Tiket yang dikeluarkan ini boleh dipakai di kesemua pulau dalam kawasan Taman Marin ini. Mereka just chop ajer apabila kita singgah ke pulau seterusnya kelak.
Memandangkan hari ini adalah hari cuti, agak ramai orang mengambil kesempatan berehat bersama keluarga di sini. Setelah menjumpai 'port' yang redup, saya apa lagi.... pakai key dan terus masuk laut. Abang alil macam takut takut pulak tengok saya terhyperaktif. Sebenarnya inilah kali pertama saya snorkeling. Selama ini, saya tengok dalam TV jer dan tak sangka kini saya sendiri mempunyai kesempatan untuk melakukan aktiviti ini.
Pertama kali saya menjejakkan kaki ke dalam laut dan melakukan snorkeling, air hanya separas paha sahaja namun.... pemandangan yang dapat saya lihat di dalam air.... Subbahanallah... memang cantik. Macam dalam akuarium yang selalu kita tengok di airport. Ikan berwarna warni dengan saiz yang berbeza berenang- renang di hadapan mata. Kat area yang saya snorkeling ada banyak timun laut yang gemuk gemuk dan saya berpeluang ternampak tapak sulaiman biru. Cantik!!! Kelebihan Pulau Mamutik adalah, ia mempunyai kawasan yang mempunyai batu - batu karang yang menjadi habitat hidupan laut. Seronok. Abang alil pulak lawak lah... dia geli dengan sea urchin. Pantang tengok mentimun laut.. terus lari dari kawasan tue. Kesian abang... Tak dapat nak enjoy the beauty of the sea.
Setelah 2 jam menghabiskan masa di Pulau Mamutik, kami mengambil bot ke Pulau Manukan pula. Pulau Manukan pun cantik. Ada chalet di pulau ini dan ada restaurant juga. Berapa ntah harga makanan kat sini. Tak pulak saya survey. Kat pulau ini, lebih ramai orang. Kebanyakkannya tourist dari luar. Seksi ehhh pakai bikini. Saya dan abang jumpa port yang baik punya untuk meletak barang - barang... tak jauh dari tempat kami snorkeling. Apalagi... say pun memulakan aksi - aksi snorkeling saya. Hmmm... kat sini tak banyak batu karang ... macam tak banyak ikan lah pulak. Tapi kat sini... area berbatu dia yang best... boleh duduk lepak atas batu kat tepi pantai sambil dengar bunyi deruan ombak dan melihat saujana di seberang sana Kota Kinabalu di kejauhan. Pergh... kalu ada kamera nie.. memang cantik pemandangan di sini. Masa nie.. baru terasa perut krokk krroookkk kelaparan. Saya dan abang mencium jer bau BBQ yang dipanggang tidak jauh dari tempat kami port. Nak tanya harga, malulah pulak... takut untuk hotel guest only... Hmmm...nasib baik saya ada bawa satu chocolate bar dan satu botol air mineral. Itulah saja yang kami makan sejak pagi tadi. Dah puas kami bersnorkeling, kami berjalan semula ke jetti untuk catch the next boat kul 2.oo petang ke Pulau Sapi pulak.
Pulau Sapi mempunyai pemandangan yang agak berlainan dari kedua - dua pulau sebelum ini. Kelainan yang ketara adalah, kat pulau nie, kurang batu karang tetapi lebih banyak tumbuhan seperti pokok- pokok di tebing berbatu dan pasirnya lebih landai. Di sini banyak mat salleh sun bathing. Mak aihhh tak takut matahari ker mereka eh? Panas beb! Saya dan abang sempat snorkeling puas puas kat sini. Abang seronok snorkeling kat sini kerana dia tak nampak mentimun laut... heheheh... siap abang sempat buat aksi marin keluar dari laut... Pergh macho ehhh dady!!!!

No comments:
Post a Comment