Satu benda yang amat saya minat buat di masa lapang adalah ... makan. Saya suka mencuba makanan baru dan surely kalau saya pergi melancong, saya akan mengambil kesempatan untuk mencari dan mencuba makanan tempatan di kawasan tersebut. Di Sibu ini, antara makanan yang saya minati di bandar Sibu ini adalah Mi Laksa Sarawak di Mas Corner, Kampung Dato dan Sushie Tie di Wisma Sanyan.
Selain itu, port saya tiap - tiap malam adalah kat SRC di Jalan Perpaduan kerana saya kat sini sajerlah saya dapat makan kaki ayam masak kicap di Gerai Auzai dan umai cap di gerai Tuaw Ajang yang sedap. Yang bestnyer... abang alil selalu ambik gambar saya makan. Ohya, sekarang saya dah jumpa satu port yang ada jual nasi ayam penyet yang ok di Sibu iaitu kat Muhibbah Corner di Jalan Kampung Dato. Bestnyer pasal nasi ayam penyet di sini adalah, ia disertai dengan 3 keping tauhu dan tempe dan semangkuk sup. Hmm... ada kelainan di sini.
Selain itu. saya nie suka sangat mencuba sample makanan dari maggi atau air free dari milo dan nescafe. Dah lah free. Sedap pulak tue!
No comments:
Post a Comment