15 March 2009

My Weekend

Hujung minggu kali ini dimulakan dengan hari Sabtu yang agak sibuk dengan membina gelanggang petanque sementara di Dataran Sibu Fasa 2 bersama - sama geng Team Hornbill. Lepas tue saya dan kawan - kawan saksikan sendiri pameran dan permainan layang - layang. Yang menarik perhatian saya adalah layang - layang train yang amat panjang. Saya sempat merasa daya tarikan hasil dari tujahan layang - layang sepanjang 300 meter tu.. Rasa nak melayang.



Hari Ahad pulak, saya lepak dengan abang alil tengok orang main layang - layang kat Town Square Phase 2 sambil main petanque seperti biasa... sambil tue saya sempat belek - belek kamera SLR. Eh salah... saya siap posing - posing sebenarnya. Gambar - gambar kat bawah nie... diambik oleh abang alil dan G-jul menggunakan handphone N95 dan Sony Cybershot hp... tak ingat pulak modelnya... Anway, It was a nice weekend. Letih tetapi menyeronokkan.

Saya dan rakan - rakan kat Fasa 2 Dataran Sibu




Dady with layang - layang train


During dinner at SRC


Trying out my friend's cam


My and my bro checking out the cam


Nice pic by G-jul

13 March 2009

Bye Bye 2008 HELLO 2009 - Revisited

Assalamualaikum pembuka bicara... What can I say.. 2008 pergi begitu cepat sekali... tak terasa 12 bulan berlalu seperti tue sajer. Rangkuman 2008 menyaksikan banyak kenangan.. pahit, manis, suka dan duka dalam kehidupan ini. Yang manis... alhamdulilah saya dikurniakan Allah kehidupan yang tenteram, bahagia dan kesihatan yang baik. Alhamdulilah syukur kepada Allah yang Maha Esa... Semoga Allah akan mengkurniakan kerahmatanNya kepada saya dan keluarga serta sahabat handai saya sehingga akhir hayat kami semua. Insya Allah. 2008 juga menyaksikan dua hati jadi satu sahabat saya, Shamsuddin dan Haza. Kelahiran cahayamata Sofia dan Osen iaitu Andiqqa Ghazi aka AG, baby Tommy dan Molly iaitu Adrianne Valerie serta... saya dapat anak buah pertama yang comel... Danish Raiyyan... Selain itu 2008 juga menyaksikan tertubuhnya Hornbill Petanque Team Sibu dan perjalanan pasukan ini yang penuh emosi... hehehhehe... ternyata 2008 merupakan tahun yang sibuk untuk kehidupan petanque saya dan hubby. 2008 juga mengajar saya erti persahabatan... betrayal... dan kecekalan dalam sukan ini. Tahun ini juga merupakan tahun yang mana website saya diumumkan secara rasminya dan Des's Shoppe ( dapat dilayari di http://tettyias.googlepages.com ) yang kini menjual peralatan - peralatan sukan petanque secara online mula beroperasi. Alhamdulilah... ia telah bermula dengan baik dan semoga niat saya dan abang alil untuk mengembangkan sukan petanque ini di Bumi Kenyalang akan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.
Dalam melayari kehidupan dengan keceriaan... kisah - kisah duka juga telah ditempuhi dengan redha dan penuh keinsafan. Pada tahun ini, keluarga Abang alil telah kehilangan nenenda tersayang di Kuala Rajang. Saya masih lagi teringat waktu pertama kali saya berbual dengan nek boh. Masa tue wedding abang deen. Saya diperkenalkan kepada nek boh dan dia cepat mesra dan saya pulak tak terasa kekok langsung. Pemergian nek boh Saya dan abang alil amat bernasib baik kerana sempat ke sana dan bagi menyaksikan sendiri upacara mengkebumian jenazah. Pada masa ini jugalah saya berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat keluarga besar abang alil. Kesempatan ini saya ambil sebaiknya kerana bukan senang untuk mereka berkumpul bersama. Selain itu, tahun 2008 juga merakamkan pemergian Allahyarham Ainie bin Zainuddin. Pemergian Cik Ainie amat saya rasai kehilangannya kerana bagi saya... Cik Ainie telah saya anggap sebagai pakcik saya dan banyak membimbing saya dalam urusan perkerjaan terutamanya yang melibatkan majlis - majlis keagamaan di bahagian Sibu dan juga perkara - perkara yang melibatkan majlis kebudayaan. Saban tahun, kami akan ke mesyuarat Maulidur Rasul dan majlis tilawah Al-Quran mewakili DE Sibu atau berbincang dengan rakan KPSU jika ada majlis keraian. Dari sini saya amat menghormatinya sebagai sesorang yang komited dengan kerja dan saya amat menghargai setiap tunjuk ajar yang beliau telah curahkan kepada saya. Cik Ainie, jasamu dan kenangan bersama akan ku kenang sampai bila - bila. Al - Fatihah buat mereka berdua.

Betrayal

Bila kawan jadi lawan....
Bila hati remuk disakiti...
Bila percaya bawa bencana...
Bila keikhlasan mengundang duka...
Bila diri hina ini dikeji....
Tersentak aku... terpana seketika.. terasa sempitnya dunia.....
Tapi aku tersenyum sahaja...
Sembunyi luka dendam dijiwa....
Memandang keegoan yang takkan ke mana...
Ingatlah 'kawan'
Putaran permainan caturan dunia
Masa itu.. baru kau akan tahu...
Tinggi rendahnya langit....
Gelap terangnya dunia....
Tak akan engkau pergi ke mana...
Hanya bermukim di takuk yang sama...
Biarlah engkau berada di sana ...
Puncak kejayaan dalam keriakkan.....
Kita tonton sampai bila.....
Kau tersungkur bila semuanya telah tiada
DeSiRe
14 oktober 08
2356