Assalamualaikum pembuka bicara... What can I say.. 2008 pergi begitu cepat sekali... tak terasa 12 bulan berlalu seperti tue sajer. Rangkuman 2008 menyaksikan banyak kenangan.. pahit, manis, suka dan duka dalam kehidupan ini. Yang manis... alhamdulilah saya dikurniakan Allah kehidupan yang tenteram, bahagia dan kesihatan yang baik. Alhamdulilah syukur kepada Allah yang Maha Esa... Semoga Allah akan mengkurniakan kerahmatanNya kepada saya dan keluarga serta sahabat handai saya sehingga akhir hayat kami semua. Insya Allah. 2008 juga menyaksikan dua hati jadi satu sahabat saya, Shamsuddin dan Haza. Kelahiran cahayamata Sofia dan Osen iaitu Andiqqa Ghazi aka AG, baby Tommy dan Molly iaitu Adrianne Valerie serta... saya dapat anak buah pertama yang comel... Danish Raiyyan... Selain itu 2008 juga menyaksikan tertubuhnya Hornbill Petanque Team Sibu dan perjalanan pasukan ini yang penuh emosi... hehehhehe... ternyata 2008 merupakan tahun yang sibuk untuk kehidupan petanque saya dan hubby. 2008 juga mengajar saya erti persahabatan... betrayal... dan kecekalan dalam sukan ini. Tahun ini juga merupakan tahun yang mana website saya diumumkan secara rasminya dan Des's Shoppe ( dapat dilayari di http://tettyias.googlepages.com ) yang kini menjual peralatan - peralatan sukan petanque secara online mula beroperasi. Alhamdulilah... ia telah bermula dengan baik dan semoga niat saya dan abang alil untuk mengembangkan sukan petanque ini di Bumi Kenyalang akan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.
Dalam melayari kehidupan dengan keceriaan... kisah - kisah duka juga telah ditempuhi dengan redha dan penuh keinsafan. Pada tahun ini, keluarga Abang alil telah kehilangan nenenda tersayang di Kuala Rajang. Saya masih lagi teringat waktu pertama kali saya berbual dengan nek boh. Masa tue wedding abang deen. Saya diperkenalkan kepada nek boh dan dia cepat mesra dan saya pulak tak terasa kekok langsung. Pemergian nek boh Saya dan abang alil amat bernasib baik kerana sempat ke sana dan bagi menyaksikan sendiri upacara mengkebumian jenazah. Pada masa ini jugalah saya berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat keluarga besar abang alil. Kesempatan ini saya ambil sebaiknya kerana bukan senang untuk mereka berkumpul bersama. Selain itu, tahun 2008 juga merakamkan pemergian Allahyarham Ainie bin Zainuddin. Pemergian Cik Ainie amat saya rasai kehilangannya kerana bagi saya... Cik Ainie telah saya anggap sebagai pakcik saya dan banyak membimbing saya dalam urusan perkerjaan terutamanya yang melibatkan majlis - majlis keagamaan di bahagian Sibu dan juga perkara - perkara yang melibatkan majlis kebudayaan. Saban tahun, kami akan ke mesyuarat Maulidur Rasul dan majlis tilawah Al-Quran mewakili DE Sibu atau berbincang dengan rakan KPSU jika ada majlis keraian. Dari sini saya amat menghormatinya sebagai sesorang yang komited dengan kerja dan saya amat menghargai setiap tunjuk ajar yang beliau telah curahkan kepada saya. Cik Ainie, jasamu dan kenangan bersama akan ku kenang sampai bila - bila. Al - Fatihah buat mereka berdua.

No comments:
Post a Comment