25 November 2009

DRUMSET FOR SALE

MY ON-LINE SHOPPE:


Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli satu set drum 5 piece jenama TAMA... yang conditionnyer tip top... macam brand new lagi... silalah hubungi saya melalui email. Saya tengah nak carik buyer and I prefer to deal dengan sarawakians kerana senang untuk proses penghantaran / pengangkutan sekiranya berminat untuk membeli set drum ini.






Actually sedih jugak rasanya nak berpisah ngan drum set ini ... tapi.... memandangkan ia JARANG sangat dipakai... lebih baik dijual kepada org org muzik yang lebih menggunakannya. Saya beli dulu pun kerana nak blajar main drum pada hujung minggu tetapi saya kini lebih komited dengan sukan petanque. Langsung takder masa nak main. Jadi... saya terpaksa lupakan hasrat saya untuk belajar bermain drum.

Harga pembukaan RM2700.00... boleh runding sikit- sikitlah. Cash term only... boleh bayar 3 kali tapi drum hanya akan diserahkan setelah bayaran diselesaikan.

13 November 2009

Engineering Seminar On Peat Soil

Dalam banyak banyak seminar yang telah saya hadiri, ini merupakan salah satu seminar yang bagi saya agak interesting dan menyeronokkan secara peribadi. Ia telah dianjurkan oleh JKR Sibu , UTHM Johor, SMC dan pelbagai agensi lain dari 15 - 16 Oktober 2009 lalu. Yang membuat seminar ini lain dari yang lain bagi diri saya adalah.. saya telah ditugaskan untuk menjadi pengiring tetamu terhormat pada majlis tersebut, Prof. Datin Dr. Maryati yang juga merupakan salah seorang speaker pada seminar tersebut. Beliau merupakan isteri kepada Naib Chancelor UTHM yang bagi saya ia adalah satu penghormatan kerana diberi kepercayaan oleh Jurutera Bahagian untuk menggalas tanggunjawab tersebut.

Secara jujurnya saya nerves nak mampus. Tak pernah saya menjadi pengiring kepada VIP seperti ini. Saya sorang pulak tue... Saya apa lagi.. saya siap buat kajian tentang latarbelakang tetamu terhormat ini agar tak salah orang nanti bila na jemput kat airport. Hmm.. bagi saya semua saya anggap sebagai cabaran dan saya suuukaaa kan cabaran.


Tugas saya bermula pada malam 14 Oktober 2009 iaitu dengan menjemput pasangan VIP kami di airport. Mati kutu kejap saya... tak tau apa nak xpect tapi nasib baiklah ada isteri kepada Dekan Fakulti Struktur UTHM yang telah banyak membantu saya dan menasihatkan saya apa yang nak dibuat. Thanks alot puan ..

Bertolak dari airport Sibu, kami menuju ke Hotel RH untuk makan malam bersama - sama tetamu jemputan dan pihak penganjur seminar tersebut. Malam tue.. makanan memang best.. Buffet lah tue. Ada laksa sarawak, satay dan macam macam lagi. Saya makan bebenar malam tue.

Jurutera bahagian bersama - sama tetamu terhormat kami iaitu Naib Censelor UTHM bersama isteri. Laaa.. sama hijau rupanya baju saya dengan Dekan yang mengiringi naib cencellor tue... baru perasan lak dalam gambar nie.

Nie gambar kami semua tengah kusyuk tengok persembahan tarian orang ulu kotemporari ...


Waa... seronok dapat cenderahati dari pihak penganjur..


Cenderahati untuk para peserta seminar... Cool!!!


Keadaan di dalam bilik seminar... sambutan yang hangat!!



Inilah nota seminar


Saya kusyuk mendengar ceramah...


Nampak tak saya??? Meja pertama peserta... sebelah kanan... sorang sorang yang pakai tudung kat depan tue


Datin Maryati sempat singgah di pasar Sibujaya untuk merakam gambar ulat mulong...



Di antara cendawan dan kulat yang menarik perhatian Datin Maryati

Suasana semasa waktu makan ( saya tak join kerana hantar Datin ke airport )

Semasa majlis penutupan seminar


Makan malam yang dihost oleh Dato' Sri Wong Soon Koh di Kingwood Hotel sempena Seminar ini


Ladies of the nite

24 August 2009

UMW East Malaysia Family Day 2009

Buat pertama kalinya, saya menyertai famili day anjuran UMW East malaysia yang telah diadakan di YMCA park pada 15 Ogos lalu. YMCA park nie terletak kat batu 18, Jalan Oya, Sibu kira - kira 30 minit perjalanan dari rumah. Yang best nyer, semua peserta yang menyertai famili day kali ini diberi tshirt umw sorang satu. Tapi yang lawaknyer... kaler pilihan memanglah 'menyerlah'. warna hijau pucuk pisang... hmmm. First sayer tengok kaler nie... takut jugak... dah lah saya nie gelap tapi.. alhamdulilah.. tak lah teruk sangat. Bila pakai ... macam best lah pulak!

Saya dan hubby sampai tepat kul 8.10 pagi. Masa tue, ramai orang baru berkumpul kat parking lot YMCA park nie. Aktiviti pertama.... senamrobik. Instructor aerobic pagi tue memang best. Lagu - lagu pilihan adalah yang terkini dan pergerakkan menarik. Tak boring langsung. Tapi.. pagi tue, saya tak join kerana... MALU ehh... segan.. kawan abang alil banyak... heheheh

After senamrobik, ada majlis perasmian ringkas yang dilaksanakan oleh bos dan seksyen head seksyen head UMW. Selepas itu ada sesi bergambar beramai - ramai. Saya rasa, saya sorang melayu bertudung ari tue.. hehehehh.
Setelah sesi bergambar, kami mula mendaftar dan setiap peserta diberi breakfast. Sandwich tuna, cupcake dan pie ayam yang di cater dari Farley bakery. Saya makan betul - betul... lapor.
Selepas makan, kami dimaklumkan sehingga pukul 9.30 pagi, adalah acara bebas. Di kesempatan ini, saya dan abang alil serta beberapa keluarga geng - geng abang alil berjalan - jalan di sekitar taman ini. Rupa - rupanya, ada nature trekking, ada gazebo bbq dan gelanggang bola tampar dan bola keranjang kat tempat ini. Paling saya suka adalah sesi nature trekking. Seronok dapat lihat keadaan seperti di dalam hutan. Nyaman dan tenteram.


Tapi sayang, kemudahan di tempat ini seperti tidak dijaga. Taman permainannya agak rosak dan boleh membahayakan. Licin pulak tue. Begitu juga jeti kayu di tepi setiap gazebo. Kurang maintenance tempat nie. Kalu dimaintain.. saya pasti ia boleh menjadi tempat tarikkan untuk rekreasi dan riadah.



Anyway, after nature's walk saya dan hubby ke dewan untuk menyaksikan games yang diadakan untuk family. Seronok jugak tengok mereka bermain sebegini. Ada main ping pong, main bola keranjang, pancing tin minuman dan boling botol mineral. Memang riuh rendah suasana dalam dewan tersebut dengan gelagat anak - anak dan mak bapak yang bersaing untuk memenangi hadiah. Selepas berakhir sesi game, di adakan pula sesi penyampaian hadiah. Boleh tahan hadiah mereka.


Lunch time tiba tak lamer selepas itu. Kami semua makan kat bahagian bawah dewan tersebut. Pada masa ini, Setiap peserta sekali lagi diberi doorgift. Hamper kecik yang berisi snek - snek lazat. Saya suka tengok presentation hamper mini tersebut... boleh ambik idea nie kalu nak buat aktiviti lain kali.
Lunch tiba agak lambat kerana ia ditempah dari luar. Setelah 15 minit berlalu barulah makanan tiba ( saya sempat terlelap lagi ). Semua peserta takder menoleh kanan kiri lagi, masing - masing sibuk mengisi perut yang telah lapar. After lunch... kami semua bertolak bersurai. Walaupun hari ini agak memenatkan tetapi saya dan hubby tetap enjoy....