19 March 2009

Cuti - Cuti 2009 Sabah - Hari 4 & Hari 5

Hari ke - 4 :- 7 Mac 2009

Seawal 6.00 pagi saya dan abang alil dah ready nak meneruskan perjalanan kami mengembara ke bandar lain di Sabah bersama -sama sahabat kami. En Husni yang kami kenali menerusi sukan petanque. En Husni kini bertugas di UiTM Sabah dan merupakan seorang penggerak sukan petanque yang aktif di sana. Memandangkan beliau telah berumahtangga dengan penduduk tempatan maka beliau mencadangkan kami ke kawasan kediaman mertua beliau di Tambunan. Selain itu kami merancang akan ke Poring Hot Spring dan Kinabalu Park yang kebetulan terletak dalam perjalanan ke Tambunan. Waaa... macam best. Sepatutnya kami bertolak pada pukul 7.00 pagi tetapi... ada orang tue terlajak tido ( tengok AF dan Football katanyer.. hehehehe )dan kami bertolak pukul 8.30 pagi. Memandangkan saya dan abang telah bersiap awal, kami berdua sempat breakfast sup soto di kedai makan berhampiran hotel ( di sini rata - rata kedai makan kebanyakkannya menjual soto ) sementara menunggu kedatangan Husni. Tepat pukul 8.30 pagi beliau sampai dan kami terus memulakan perjalanan kami.

Di antara tempat yang kami singgah dalam perjalanan ke Tambunan adalah, Kundasang, Kinabalu Park, Ranau Hot Spring dan Raffelsia Center. Berikut adalah gambar - gambar yang sempat kami rakam dalam perjalanan ke sana Tambunan.


Singgah membeli cenderahati di Ranau


Near Timpohon Point @ Kinabalu Park


Gerai menjual pelbagai jenis sayur - sayuran segar di Kundasang. Cuaca kat sini sejuk walaupun matahari bersinar terik. Rasa macam berdiri depat peti sejuk yang pintunya terbuka.


Saya memilih strawberi segar.. RM5.oo sepeket... sedap! Manis.


Kawasan Air Panas Poring. Bayaran masuk ke taman ini adalan RM 3.00, berbaloi sungguh kerana kita boleh berendam lama - lama... rasa macam hot tub


Nilah hot tub yang saya maksudkan. Ada 2 paip. Satu air panas, satu air sejuk... kita adjust sendiri suhu air yang sesuai bagi kita...


Alang - alang kami telah berada di Poring Hot Spring, kami bertiga mencuba tree top canopy walk. Bayaran masuk adalah RM 5.00 seorang dan RM 5 .00 untuk kamera. Untuk ke point di mana kita mula melintasi kanopi tersebut, kita perlu pergi hiking kira - kira 500 meter dengan jalan yang mencabar... kami bertiga pakai sliper jer... mak aihhh licin.


Gambar kandid abang alil merentasi jungle trekking trail.


Sampai ke point untuk melintas... mak aihhh... nak menyesal ada jugak. Ketinggian tree top canopy ini adalah 40 meter dari tanah. Abang alil yang memang ada masalah gayat memberanikan diri untuk lintas dan alhamdulilah... abang alil telah berjaya mengatasi kegayatan beliau... I'm so proud of him ..

Beginilah situasi berjalan merentasi jambatan gantung yang dipasang pada pokok - pokok yang tinggi. Mak aiihh, memang tinggi!!!!



Sebelum meninggalkan Poring HotSpring saya sempat merakamkan keadaan persekitaran yang agak selesa dan menyeronokan ini. Nasihat saya, sesiapa yang ingin meriadah di sini, bawalah baju spare,tuala spare dan makanan dan minuman yang secukupnya. Tempat ini memang seronok untuk berkelah sekeluarga. Kat sini ada juga gerai yang menjual air tin dan keropok. Tak dinafikan, setelah berjalan 1 km di jungle trekking dan canopy walk... sure haus punyer.


Gerai cenderahati yang menjual hasil kraftangan yang kreatif. Anda boleh membawa pulang cenderati semurah RM1.00. Uisshh.. saya sempat beli beberapa bijik gift buat kawan - kawan di opis.


Kami meneruskan lagi perjalanan kami merentasi bukit bukau yang sungguh mengasyikkan. Pemandangan di sepanjang perjalanan adalah highlands sahaja. Cuaca sentiasa sejuk. Kami tak pakai aircon pun... anginnyer... brrrrr... sejuk. Kami bertiga sempat singgah di sebuah gerai makan yang terletak dilereng bukit yang dimiliki oleh keluarga Islam. Dengan cuaca yang sejuk, kami singgah untuk mengisi perut iaitu makan maggi dan air teh susu panas. Mak aihhh sedapnyer maggi tersebut... sluurrrppp. ( Dah lah perut lapar... suasa sejuk... this is sure the best maggi yang pernah saya rasa )


Gambar di ambil dari gerai makan yang mana kami bertiga singgah makan maggi kari dengan telur dan teh panas... seingat saya harga makanan kami bertiga hanya RM11.20. Mak aihhh murah nyer!

Kami berkereta satu jam lagi dah akhirnya sampai di rumah mertua Husni lewat petang. Kami bertiga bermalam di sini pada malam ke 4. Sejuk air kat sini... tapi, saya mandi jugak... segar rasanya! Malam itu, kami makan malam bersama. Sedap! Thanks aunty for the lovely dinner. Kami tido agak lewat malam tue kerana asyik berborak dengan ibu mertua Husni yang peramah. At around 12 tengah malam. Kami masuk tido. Kita sambung esok....



Hari Ke 5 :- 8 MAC 2009

Hari kelima kami mulakan dengan bersiar - siar di sekitar rumah mertua Husni yang amat luas. I really wish I can have a house with a huge compound area like that. Hmmm... berpuluh gelanggang petanque muat woooo.... Husni dan adik iparnya sempat membawa kami ke kebun sayur - sayuran dan kolam ikan yang diusahakan oleh keluarga mertuanya setelah breakfast bersama- sama. Mak aihhh... seronok sungguh life macam nie. Tenang dan healthy rasanya!!

Berjalan menyusuri kebun sayur dan memberi makan pada ikan di dalam kolam ikan



Pemandangan di hadapan tugu tentang sejarah Tambunan dan gambar pemandangan di sebahagian pekan Tambunan


Pusat Informasi Raffelsia terletak tidak jauh dari pekan Tambunan. Semasa kami sampai di pusat ini, takder pelawat di sana kecuali beberapa orang kakitangan yang ramah bertugas. Untuk melihat sendiri raffelsia, kita perlu mendaki kawasan gunung di bahagian belakang pusat informasi ini tetapi memandangkan kami tidak berniat untuk menjejak raffelsia, cukup dengan membaca informasi dan melihat replika bunga pakma ini. Lagipun, tercatat di notis board di hadapan pusat ini, sekarang bukan musim pakma berkembang.


Saya dan abang alil sempat bergambar di hadapan Pusat Informasi Raffelsia dan gambar maklumat - maklumat yang diberikan berserta gambar yang amat berguna. Yuran masuk adalah percuma tetapi jika kita nak tengok raffelsia... kena bayar yuran termasuk yuran membawa seorang guide.

Bertolak dari sana, kami menyusuri lagi jalan yang berbengkang - bengkok menuju ke Kota Kinabalu semula. Pemandangan amat mengasyikkan. Kami sempat singgah di sebuah kedai minuman untuk mencuba kopi panas yang dikatakan istimewa disini. Kalau tak silap saya, nama gerai ini adalah Puncak Azam.

Sebelum saya masuk ke ke kedai ini, saya terpandang seekor rama - rama atau kupu - kupu yang unik yang sebesar tapak tangan saya. Uniknya rama - rama ini, ia mempunyai corak seperti seperti kepala ular... eisshhh sungguh pelik. Walauapapun... ia adalah makhluk Allah yang unik dan indah, penghuni bersama di alam ini. Abang alil sempat tangkap gambar rama - rama ini. Abang kata, gelik tengok badan dia yang berbulu......


Minum kopi panas berlatarbelakangkan pemandangan indah di anjung kedai ini memang suatu pengalaman yang lain menenangkan. Saya rasa situasi ini sukar nak dijumpai di tempat lain.


Bertolak dari Puncak Azam kami menuju ke KK. Dalam perjalanan ke KK... sorry to say... saya tertido. Sedar - sedar dah sampai KK. Abang alil sempat ambil gambar masjid KK. Cantik.


Kami kemudiannya pergi ke Pasar Gaya yang hanya beroperasi pada hari Ahad. Pebagai barang boleh didapati disini. Ia mula beroperasi pukul 7-00 pagi dan tamat pukul 1.00 tengahari.


Saya memang sibuk melihat barangan yang dijual. Gelang murah. Abang alil pula teruja mencari cincin....


Yang paling saya suka adalah... gambar Hornbill yang cantik ini. Teringat Hornbill Petanque Team Sibu..

No comments:

Post a Comment