19 March 2009

Cuti - Cuti 2009 Sabah - Hari 4 & Hari 5

Hari ke - 4 :- 7 Mac 2009

Seawal 6.00 pagi saya dan abang alil dah ready nak meneruskan perjalanan kami mengembara ke bandar lain di Sabah bersama -sama sahabat kami. En Husni yang kami kenali menerusi sukan petanque. En Husni kini bertugas di UiTM Sabah dan merupakan seorang penggerak sukan petanque yang aktif di sana. Memandangkan beliau telah berumahtangga dengan penduduk tempatan maka beliau mencadangkan kami ke kawasan kediaman mertua beliau di Tambunan. Selain itu kami merancang akan ke Poring Hot Spring dan Kinabalu Park yang kebetulan terletak dalam perjalanan ke Tambunan. Waaa... macam best. Sepatutnya kami bertolak pada pukul 7.00 pagi tetapi... ada orang tue terlajak tido ( tengok AF dan Football katanyer.. hehehehe )dan kami bertolak pukul 8.30 pagi. Memandangkan saya dan abang telah bersiap awal, kami berdua sempat breakfast sup soto di kedai makan berhampiran hotel ( di sini rata - rata kedai makan kebanyakkannya menjual soto ) sementara menunggu kedatangan Husni. Tepat pukul 8.30 pagi beliau sampai dan kami terus memulakan perjalanan kami.

Di antara tempat yang kami singgah dalam perjalanan ke Tambunan adalah, Kundasang, Kinabalu Park, Ranau Hot Spring dan Raffelsia Center. Berikut adalah gambar - gambar yang sempat kami rakam dalam perjalanan ke sana Tambunan.


Singgah membeli cenderahati di Ranau


Near Timpohon Point @ Kinabalu Park


Gerai menjual pelbagai jenis sayur - sayuran segar di Kundasang. Cuaca kat sini sejuk walaupun matahari bersinar terik. Rasa macam berdiri depat peti sejuk yang pintunya terbuka.


Saya memilih strawberi segar.. RM5.oo sepeket... sedap! Manis.


Kawasan Air Panas Poring. Bayaran masuk ke taman ini adalan RM 3.00, berbaloi sungguh kerana kita boleh berendam lama - lama... rasa macam hot tub


Nilah hot tub yang saya maksudkan. Ada 2 paip. Satu air panas, satu air sejuk... kita adjust sendiri suhu air yang sesuai bagi kita...


Alang - alang kami telah berada di Poring Hot Spring, kami bertiga mencuba tree top canopy walk. Bayaran masuk adalah RM 5.00 seorang dan RM 5 .00 untuk kamera. Untuk ke point di mana kita mula melintasi kanopi tersebut, kita perlu pergi hiking kira - kira 500 meter dengan jalan yang mencabar... kami bertiga pakai sliper jer... mak aihhh licin.


Gambar kandid abang alil merentasi jungle trekking trail.


Sampai ke point untuk melintas... mak aihhh... nak menyesal ada jugak. Ketinggian tree top canopy ini adalah 40 meter dari tanah. Abang alil yang memang ada masalah gayat memberanikan diri untuk lintas dan alhamdulilah... abang alil telah berjaya mengatasi kegayatan beliau... I'm so proud of him ..

Beginilah situasi berjalan merentasi jambatan gantung yang dipasang pada pokok - pokok yang tinggi. Mak aiihh, memang tinggi!!!!



Sebelum meninggalkan Poring HotSpring saya sempat merakamkan keadaan persekitaran yang agak selesa dan menyeronokan ini. Nasihat saya, sesiapa yang ingin meriadah di sini, bawalah baju spare,tuala spare dan makanan dan minuman yang secukupnya. Tempat ini memang seronok untuk berkelah sekeluarga. Kat sini ada juga gerai yang menjual air tin dan keropok. Tak dinafikan, setelah berjalan 1 km di jungle trekking dan canopy walk... sure haus punyer.


Gerai cenderahati yang menjual hasil kraftangan yang kreatif. Anda boleh membawa pulang cenderati semurah RM1.00. Uisshh.. saya sempat beli beberapa bijik gift buat kawan - kawan di opis.


Kami meneruskan lagi perjalanan kami merentasi bukit bukau yang sungguh mengasyikkan. Pemandangan di sepanjang perjalanan adalah highlands sahaja. Cuaca sentiasa sejuk. Kami tak pakai aircon pun... anginnyer... brrrrr... sejuk. Kami bertiga sempat singgah di sebuah gerai makan yang terletak dilereng bukit yang dimiliki oleh keluarga Islam. Dengan cuaca yang sejuk, kami singgah untuk mengisi perut iaitu makan maggi dan air teh susu panas. Mak aihhh sedapnyer maggi tersebut... sluurrrppp. ( Dah lah perut lapar... suasa sejuk... this is sure the best maggi yang pernah saya rasa )


Gambar di ambil dari gerai makan yang mana kami bertiga singgah makan maggi kari dengan telur dan teh panas... seingat saya harga makanan kami bertiga hanya RM11.20. Mak aihhh murah nyer!

Kami berkereta satu jam lagi dah akhirnya sampai di rumah mertua Husni lewat petang. Kami bertiga bermalam di sini pada malam ke 4. Sejuk air kat sini... tapi, saya mandi jugak... segar rasanya! Malam itu, kami makan malam bersama. Sedap! Thanks aunty for the lovely dinner. Kami tido agak lewat malam tue kerana asyik berborak dengan ibu mertua Husni yang peramah. At around 12 tengah malam. Kami masuk tido. Kita sambung esok....



Hari Ke 5 :- 8 MAC 2009

Hari kelima kami mulakan dengan bersiar - siar di sekitar rumah mertua Husni yang amat luas. I really wish I can have a house with a huge compound area like that. Hmmm... berpuluh gelanggang petanque muat woooo.... Husni dan adik iparnya sempat membawa kami ke kebun sayur - sayuran dan kolam ikan yang diusahakan oleh keluarga mertuanya setelah breakfast bersama- sama. Mak aihhh... seronok sungguh life macam nie. Tenang dan healthy rasanya!!

Berjalan menyusuri kebun sayur dan memberi makan pada ikan di dalam kolam ikan



Pemandangan di hadapan tugu tentang sejarah Tambunan dan gambar pemandangan di sebahagian pekan Tambunan


Pusat Informasi Raffelsia terletak tidak jauh dari pekan Tambunan. Semasa kami sampai di pusat ini, takder pelawat di sana kecuali beberapa orang kakitangan yang ramah bertugas. Untuk melihat sendiri raffelsia, kita perlu mendaki kawasan gunung di bahagian belakang pusat informasi ini tetapi memandangkan kami tidak berniat untuk menjejak raffelsia, cukup dengan membaca informasi dan melihat replika bunga pakma ini. Lagipun, tercatat di notis board di hadapan pusat ini, sekarang bukan musim pakma berkembang.


Saya dan abang alil sempat bergambar di hadapan Pusat Informasi Raffelsia dan gambar maklumat - maklumat yang diberikan berserta gambar yang amat berguna. Yuran masuk adalah percuma tetapi jika kita nak tengok raffelsia... kena bayar yuran termasuk yuran membawa seorang guide.

Bertolak dari sana, kami menyusuri lagi jalan yang berbengkang - bengkok menuju ke Kota Kinabalu semula. Pemandangan amat mengasyikkan. Kami sempat singgah di sebuah kedai minuman untuk mencuba kopi panas yang dikatakan istimewa disini. Kalau tak silap saya, nama gerai ini adalah Puncak Azam.

Sebelum saya masuk ke ke kedai ini, saya terpandang seekor rama - rama atau kupu - kupu yang unik yang sebesar tapak tangan saya. Uniknya rama - rama ini, ia mempunyai corak seperti seperti kepala ular... eisshhh sungguh pelik. Walauapapun... ia adalah makhluk Allah yang unik dan indah, penghuni bersama di alam ini. Abang alil sempat tangkap gambar rama - rama ini. Abang kata, gelik tengok badan dia yang berbulu......


Minum kopi panas berlatarbelakangkan pemandangan indah di anjung kedai ini memang suatu pengalaman yang lain menenangkan. Saya rasa situasi ini sukar nak dijumpai di tempat lain.


Bertolak dari Puncak Azam kami menuju ke KK. Dalam perjalanan ke KK... sorry to say... saya tertido. Sedar - sedar dah sampai KK. Abang alil sempat ambil gambar masjid KK. Cantik.


Kami kemudiannya pergi ke Pasar Gaya yang hanya beroperasi pada hari Ahad. Pebagai barang boleh didapati disini. Ia mula beroperasi pukul 7-00 pagi dan tamat pukul 1.00 tengahari.


Saya memang sibuk melihat barangan yang dijual. Gelang murah. Abang alil pula teruja mencari cincin....


Yang paling saya suka adalah... gambar Hornbill yang cantik ini. Teringat Hornbill Petanque Team Sibu..

18 March 2009

Cuti - Cuti 2009 Sabah - Hari 2 & Hari 3

Hari ke 2 : 5 Mac 2009

Hari kedua ini kami mulakan dengan plan nak ke Labuan, setelah mendapat maklumat untuk ke Jesselton Point iaitu lokasi untuk menambil bot ke Labuan atau ke Pulau - Pulau Peranginan, saya dan abang alil berjalan kaki ke terminal tersebut. Perjalanan kami mengambil masa 20 minit. Kami jalan relek relek sambil menikmati pemandangan bandaraya Kota Kinabalu. Kedudukan Jesselton Point terletak betul - betul di hujung jalan sehala dari hotel kami. Sure tak leh miss punyer.



Kaunter tiket ke Taman Marin Tuanku Abdul Rahman, Jesselton Point


Setibanya kami di sana, jam menunjukkan pukul 8.30 pagi. Saya terus bertanyakan ekspress ke Labuan di kaunter. Malangnya, ekspress pertama telah bertolak pada pukul 8.30 tadi dan yang seterusnya pada pukul 1.30 petang. Untuk pengetahuan, hanya ada dua trip dari KK - Labuan per day iaitu 8.00 pagi dan 1.30 petang. Jika kita ke Labuan menggunakan ekspress 1.30 petang, maknanya kita terpaksa bermalam di Labuan. Oh tidak! Nampaknya saya dan abang terpaksa tukar ke plan B.


Pemandangan di dermaga berhampiran Pasar Ikan

Plan B kami adalah pergi shopping dan sight seeing di bandar KK. Kami berdua menyusuri jalan sambil merakamkan sebanyak gambar yang mungkin di bandar KK ini. Jalan punyer jalan, akhirnya kami sampai ke kawasan pasar yang terletak di tebingan sungai. Waa... wantik sungguh pemandangan. Keadaan di sini agak sibuk dengan para penjual membawa hasil tangkapan laut mereka dan menjualnya di pasar ikan. Pemandangan bot - bot yang bertambat di dermaga tidak jauh dari pasar ikan ini memberi latarbelakang yang indah untuk dirakamkan. I feel like I'm in Spain.


Dady looks like a Japanese tourist... hahahahha

Berbekalkan peta yang sentiasa dalam poket, kami menjumpai Pasar Kraftangan atau Pasar Filipina yang menjadi kegemaran pengunjung dari semenanjung untuk membeli gelang - gelang mutiara dan kristal. Ahkhirnya... it's a souviniers paradise. Di sini memang terdapat banyak choice sampai rambang mata memandang! Saya dan abang alil terkial - kial jugak untuk mencari buah tangan untuk dibawa pulang. Yang penting adalah untuk keluarga dan untuk geng Team Hornbill. Seronok juga mencari cenderahati berbentuk burung kenyalang yang simbolik dengan kumpulan petanque kami iaitu Hornbill Petanque Team Sibu. Yang paling penting adalah kita mesti rajin tawar menawar. Kalu betul caranya memang menguntung. Cari kedai yang dapat memberi harga 3 keping magnet fridge= RM10. Baru berbaloi! Untuk diri sendiri saya beli T-shirt yang mempunyai gambar monyet yang CUTE!!! I LIKE!!!


I love this T-shirt

Setelah puas hati mendapatkan barang - barangan cenderahati, saya dan hubby meneruskan perjalanan kami mengikut langkah kaki yang dah semakin terasa kepenatannya. Waahh... dari jauh saya nampak ada gerai yang menjual kelapa sejuk. Laju langkah saya menapak ke sana. Saya dan abang alil sempat menghilangkan dahaga dengan sebiji kelapa muda sejuk setiap seorang. RM3.00 sebijik. Huh... berbaloi! Tak pernah saya rasakan air kelapa muda sesedap itu. Yang seronoknya, gerai ini menyediakan bench untuk duduk dan berehat. Jadi, saya took the opportunity to check out the crowd and just absorb the beauty of the place. Saya cadangkan sesiapa ke KK, cubalah kelapa muda sejuk KK.


Menikmati air kelapa muda sejuk di bandar KK

Setelah segar dengan air kelapa sejuk kami berdua meneruskan 'pengembaraan' kami menuju kompleks membeli belah di pusat bandar KK iaitu Wisma Merdeka. Tempat nie banyak menjual kasut - kasut dan baju wanita. Price range dia sederhana. Tapi ada jugak kedai Body Shop dan Nike boutique dalam Wisma Merdeka nie. Kira Oklah tue. Setelah sejam di sini, kami berjalan kaki pula menuju ke sebuah lagi tempat membeli belah, Center Point atau City Point . Hmmm actually saya luper nama yang betul tapi... yang penting orang gelar tempat tu CP. Seronok juga kat sini, macam - macam nak dilihat ( lihat jer... blum nak beli ).
Kat sini, barangannya lebih branded dari di Wisma Merdeka. Kat sini ada branded store seperti Adidas dan Nike juga tapi lebih besar lagilah. Puas kami berdua window shopping.. yang bestnya, ada beberapa benda yang tak dijumpa kat Sibu ada kat sini. Contohnya outdoor gear kat sini memang best. Ada cap hunting/ kerusi outdoor yang multipurpose dan macam - macam lagi lah. Setelah 2 jam di sana, saya dan hubby mengambil keputusan untuk balik memandangkan kami dua dah agak keletihan. Malam nanti, kalu ada masa kami nak mengembara pulak ke pasar malam.

Candid picture of me selongkar sale Adidas dan Nike

Around pukul 7.00 malam, saya dan abang keluar mencari makan. Lapor beb! Kebetulan ada restoran yang menyajikan masakan cina bersebelahan hotel saya. Ada sijil halal. Ok.. Ini sudah bagus. Hehehhe... taklah saya was was. Saya order mi sup ikan. Inilah yang paling saya teringin nak makan selama nie. Kat Sibu takder kedai halal yang jual mi ini. Yang best nyer daging ikan yang digunakan adalah daging ikan fresh. Banyak pulak tue... Nyam nyam... ada sayur lagi... harga boleh tahan RM 4.50 jer. Makan malam kami berdua pada malam tersebut RM22.90 ( kami berdua order air 2 gelas sorang )


Mi Sup Ikan

Selesai makan, saya dan abang alil menuju pula ke pasar malam Kampung Air. Alamak! Saya dah mula rambang mata. Belek punya belek, carik punyer carik, saya kemudiannya membeli 3 set rantai mutiara dengan loket berserta gelang, 2 set kerongsang berantai, 2 utas gelang lebar dan 2 utas gelang kristal suasa. Kesemuanya tidak lebih RM150.00. Yang penting kita kena rajin tawar menawar. Tawar habis habisan! Saya sempat beli purse dan abang alil beli beg sling. Balik bilik... memang saya PUAS! ( tapi... rasa macam ader yang nak dibeli lagi lah nanti.. tengok budget dulu )
Barang yang dibeli dipacking siap - siap. Nasib baik bawak satu beg lain... itu pun dah hampir penuh dengan cenderahati yang dibeli pagi tadi dan malam ini. Saya tersenyum keseronokan. Malam nie, tido awal lagi letih beb jalan - jalan 1 KK... Insya Allah, esok nak ke Labuan pulak.



HARI KE -3
6 MAC 2009

Happy birthday to me... happy birthday to me... happy birthday to Tetty... happy birthday to me!
Alhamdulilah, saya diizinkanNya menjejak usia 31 tahun pada hari ini. Dan specialnya hari ini, saya sambut Bday di Sabah! Macam best lah pulak.


Ekspress ke Labuan


Kami meneruskan pengembaran kami di Sabah ini seawal 7.00 pagi dengan berjalan kaki ke Jesselton Point untuk mengambil ekspress ke W.P Labuan. Setelah breakfast di kafetaria di Jesselton Point, kami berdua mengambil ekspres 8.00 pagi dengan harga Rm 31.00 seorang ke Labuan. Selain bayaran tiket ekspres, ada bayaran sedikit untuk penggunaan dermaga sebanyak RM 3.00 seorang. Jadi semuanya RM34.00 seorang. Ekspress ke Labuan agak besar! Kata abang alil, macam ekspress Sibu - Kuching. Saya tak tahulah pulak .. tak pernah naik ekspres ke Kuching pun. Sebenarnya, ini first time saya naik ekspress. Selesa. Ekpress ini ada dua kelas. Kelas pertama dan kelas ekonomi. Bagi saya kelas ekonomi sudah mencukupi. Selesa. Yang bestnya, sepanjang perjalanan kami dipertonton dengan tayangan filem dan rupa - rupanya ada staff ekspress ini yang jual makanan macam dalam Air Asia! Siap ada trolly lagi. Kreatif!


Dalam ekspress yang agak selesa


Perjalanan kami ke labuan mengambil masa 3 jam setengah!!! Salah budget masa betul. Ntah mengapa maklumat yang saya perolehi kata perjalanan 2 jam setengah. Pergh.. tak cun lalu. Lari budget masa saya. Bot ekspress kami kami tiba di Terminal Penumpang Labuan pada pukul 11.30 pagi. Saya agak terpegun melihat terminal ini berkonsepkan seperti lapangan terbang. Moden dan teratur.


Terminal Bot Ekspress Labuan


Sesampai kami di ruang ketibaan saya terus mencari kaunter penjualan tiket untuk membeli tiket pulang pada pukul 1.00 petang nanti. Nasib baik ada seat lagi. Maklumlah, cuti hujung minggu kali ini panjang. Maksudnya ada 1 jam sahaja untuk kami bersia- siar di bandar Labuan ini. ( My, tiba juak kamek di sitok, tempat kelahiran kitak )


Menunggu giliran membeli tiket pulang ke Kota Kinabalu


Bandar Labuan bagi saya tidaklah begitu besar. Mungkin ini hanya sebahagian darinya sahaja. Tapi memandangkan masa tidak mengizinkan, di kawasan ini sahajalah yang dapat saya terokai. Sepanjang perjalanan, di kiri dan kanan jalan yang saya lalui terdiri daripada shoplots yang dua atau tiga tingkat sahaja. Lalulintasnya pun tak begitu sesak dan pokok ditanam dengan banyaknya di pembahagi jalan. Redup jer rasa. Kebanyakkan kedai di sini menjual barangan elektrik, rokok dan minuman keras. Duty Free lah katakan. Coklat pula banyak dijual di kedai di Terminal. Kedai makan pun banyak di sini. Kebanyakkannya kedai makan mamak. Untuk mengisi perut memandangkan waktu dah masuk lunch time, saya dan abang alil singgah kat KFC Labuan. ( Abang alil dan saya musykil... KFC ni tak pakai plate and steel fork and knife seperti kat Sibu, mereka pakai box plate dan plastic fork and knife.. heheheh tak confident lah pulak dengan garpu dan pisau plastik nie. Pakai tangan lagi selesa.. heheheheh )


Bandar Labuan yang kemas dan redup jer...


Setelah lunch, kami sambung perjalanan kami menyusuri deretan - deretan kedai di bandar ini... oh ya, yang saya perasan jugak, banyak kedai menjual alatan memancing lah ( tentu geng - geng G-jul and Haidzar geram tengok macam - macam rupa joran dan spool ada.. ) Around pukul 12.30, kami kembali semula ke Terminal Bot Ekspress. Sebelum tue saya sempat beli fridge magnet tertulis Labuan buat kenang - kenangan. Tepat pukul 12.40, panggilan untuk ke KK diumumkan. Kami berbaris dan dibenarkan masuk secara berperingkat - peringkat ke balai berlepas untuk mengelakkan kesesakkan. Beg kami discan dan tiket kami diperiksa. Kali ini, seat ekspress penuh. Mungkin kerana orang mengambil kesempatan cuti Maulirasul Isnin kelak untuk pulang ke KK.


Sementara menunggu boarding di Terminal Bot Ekspress Labuan.


Nasib baik kami berdua masuk awal. Free seating pulak tue. Nasib baik dapat duduk sama. Sepanjang perjalanan pulang, saya tido jer... ngantok beb. Around pukul 4.30 petang kami selamat tiba semula di KK. Bila dikenang - kenang, nak gelak pun ada. Perjalanan KK- Labuan -KK , tujuh jam. Berada di tanah Pulau Labuan, 1 jam! Waaahhh... letih! Tak berbaloi pulak rasanya. Tapi, at least saya puas hati. Sampai jugak ke pulau Labuan. Pesanan saya, kalau nak ke Labuan, baik bermalam di sana. Baru puas hati.

Memandangkan hari telah petang dah badan terasa letih lama sangat dalam Bot Ekspress, saya dan abang alil mengambil keputusan untuk berehat sahaja di bilik hotel. Malam nanti ingatkan nak pergi 1Borneo lah pulak. Ia dikatakan sebagai shopping kompleks terbesar di Borneo. Hmm... teringin pulak nak ke sana.

Around pukul 6.45 petang, saya dan abang alil keluar untuk mencari transport ke 1Borneo. Dari maklumat yang saya perolehi, untuk ke 1Borneo saya boleh ambil teksi dari hotel dengan harga around RM24.00 atau CityBus dengan harga RM1.00
( CityBus nie bas yang cantik kaler Hijau Kuning boleh diambil dari seberang jalan depan bangunan mahkamah ).


Hubby menunggu free bus shuttle ke 1Borneo


Namun begitu saya dapat satu lagi tip yang saya nak kongsi bersama. Andai kata anda tinggal berdekatan dalam pusat bandar KK, cuba jalan kaki ke Warisan Square yang terletak di sebelah CP. kat belakang tue bertentangan dengan restaurant seafood besar tue ada 'bus stop' untuk free shuttle bas ke 1 Borneo. Saya dan abang alil nak save budget jadi kami sanggup cari free bus shuttle ni. Rupa - rupanya, kali kena tunggu setengah jam lagi memandangkan yang pukul 7 dah penuh.

Sementara itu, saya dan abang alil berlegar - legar di kawasan Warisan Square dan saya terjumpa... SECRET RECIPE! Waaahhh apa lagi... saya dan abang alil mengambil keputusan sambut birthday saya dengan dinner bersama dahulu sebelum ke 1 Borneo. Andaikata kami terlepas bas kul 7.30 malam, plan B hari Isnin jerlah kami ke sana.



Our birthday dinner together


Di Secret Recipe, saya cuba fish with losbster sauce. ( Hmm... sedap jugaklah but I dont think I will order this meal anymore in the future, not to my taste ) Abang Alil order chicken chop. ( Hahhh... nie sedap. Next time nak order nielah pulak ) Saya order vegetarian sato. ( Yang nie pun sedap... kami berdua kongsi yang nie...lain kali saya nak order yang nie jer pun dah cukup ). Enjoy mamam dinner dengan abang. Romantic jer rasa. Lepas makan, kami lepak - lepak kejap. Around pukul 7.30 kami pergi semula ke tempat shuttle bas tadi. Sebenarnya, Secret Recipe kat blok belakang tempat shuttle bas nie. Dekat jer. Mintak tiket dari staff di sana. Mereka semua friendly. Tak lamer kemudian, bas pun datang. Perjalanan ke 1 Borneo kira - kira 15 minit. Tak jauh pun.

Sampai di sana, saya dan abang alil apa lagik... shoppinglaaa... hehehehh window shopping sebenarnya. Kelasss jugak tempat nie. Macam the Spring, Kuching pun ada. Macam the Mid Valley, KL pun ada. Kat sinilah letaknya Hotel Tune (
adik beradik AirAsia).
Kebanyakkan kedai di sini boutique berjenama. Lagi UP dari CP laa. Semasa di sini saya sempat pulak beli jeans Levi's.. ada sale masa tue. Abang pulak sempat beli T- shirt Zoo York. Pun tengah sale. Heheheh.... Banyak jugak kedai yang blum dibuka atau coming soon. Mungkin tengah tahun nie lagi banyak kedai yang dah dibuka tentu lebih meriah shopping compleks nie. Setelah 2 jam berjalan- jalan dalam 1Borneo, saya dan abang mengambil keputusan untuk balik berehat.


Taking a break at 1 Borneo


Esok nak ke Ranau pulak dengan Husni. Takut letih pulak. Kami ambil shuttle bus semula di tempat kami diturunkan tadi. Nasib baik tak ramai orang. Kira - kira sepuluh minit menunggu, kami bertolak semula ke Warisan Square pada pukul 9.30 malam. Best jugak pakai shuttle bas kerana kita dapat melihat pemandangan KK di malam harilah pulak. Kami tiba di Warisan Square around 10.00 malam. Saya dan abang berjalan kaki dari sana ke hotel. Walaupun dah pukul 10.00 malam tetapi bandar KK masih 'hidup' dengan kegirangan malam. Sampai sajer saya dan abang kat hotel, kami tido.. letih beb. Mana taknya, dari 7 jam dalam bot ekspress pergi balik Labuan dan jalan- jalan dalam 1Borneo, tak larat beb. Esok pulak dah janji bertolak seawal 7.00 pagi dengan Husni. Esok sambung lagi... Insya Allah.

17 March 2009

Cuti - Cuti 2009 Sabah - Hari 1

Sesungguhnya negara kita mempunyai banyak tempat - tempat yang indah untuk dikunjungi dan pada kali ini saya dan suami saya berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke Sabah buat pertama kalinya. Hmm... seronok, rasa macam glob trekker lah pulak. Venture! Tapi sebelum pergi, saya dah buat research tentang Sabah dan things to do there. I managed to read lots of other people blogs and I find them to be very useful. Pesanan saya... do your research... It is worth it! So, kali ini saya pulak nak share pengalaman saya.

Hari - 1
04.03.2009 ( Rabu )

5.30 pagi - bangun pagi, solat, mandi, kemas baju nak dibawa ke KK. ( baju satu helai pun belum dipack! ) 7.00 pagi - kemas rumah, basuh barang dalam sink, tutup semua suis karen 9.00 pagi - hantar kucing kat umah mertua 9.30 pagi - uruskan segala hal hutang bank 10.30 pagi - breakfast di Season Corner 11.45 pagi - balik ke umah, kemaskan apa yang patut kat umah, tunggu mertua datang ambik hantar ke airport. 1.00 petang - bertolak ke airport Sibu 3.30 petang - boarding AirAsia flight ke KK
5.00 petang - sampai kat KK

Kini, coretan perjalanan dan pengembaranku ke Sabah Negeri Di Bawah Bayu ... dengan rasminya telah bermula....

Kali pertama menjejakkan kaki ke Sabah via Lapangan Terbang Antarabangsa KK Terminal 2. I managed to capture the moment at the airport with the plane in the background but after a few steps I saw a notice saying " Do not use camera" hmmm .. gulp!



After collecting our luggage, my hubby and I went straight to the Airport limousine counter to get a ride to town. We went for the budget one which cost us RM20.00 only. It was to my surprise that the budget one was already an Toyota Avanza which has a nice sticker through out its body. ( I love the Hornbill picture as my petanque team is called Hornbill Petanque Team Sibu ).



Pemandangan di sepanjang jalan dari airport ke bandaraya Kota Kinabalu memang amat mengasyikkan. Di antara gambar yang sempat dirakam adalah pemandangan kampung air from the main road to KK town. All I can say is KK is a very clean town. Nak jumpa a piece of rubbish pun susah. Memang indah dan teratur nampaknya bandaraya ini


Perjalanan 20 minit kami akhirnya sampai ke destinasi iaitu, Pantai Inn, Kota Kinabalu yang terletak di pusat bandaraya. The place was GREAT! The staffs were friendly and the location was superb! I would recommend the place to anyone if you are looking for a good budget hotel. It cost us RM 78.50 per nite. The rooms are clean, not too big, not too small and the toilet is clean...



After settling down, saya dan hubby pun mengambil peluang untuk bersiar - siar di bandar Kota Kinabalu. Yang bestnyer, hotel kami ini begitu strategik dan kami dapat berjalan kaki ke tempat - tempat membeli belah, tempat makan, pasar malam dan dermaga Jesselton. Kesemua tempat, tak sampai 15 minit. Daripada pemerhatian saya... terdapat banyak hotel budget dan lodge di sekitar tempat penginapan kami. Namun begitu, semuanya bergantung kepada budget masing - masing.



Memandangkan saya dan hubby blum lagi makan since lunch, kami singgah kat Burger King. Waa... Burger King tak der kat Sibu apa lagi... kami berdua pun mengisi perut kat sini ( teringat kat arwah Tommy bila tengok Burger King nie ). Selepas makan, kami berdua pun balik hotel semula ke hotel. Mula - mula agak blur apabila terpaksa navigate bandar KK pada waktu malam but ... last last, sampai jugak kat hotel. Tidak susah mana pun once you get the hang of it. Ketika saya dan hubby berehat dalam bilik hotel, saya mendapat panggilan telefon daripada sahabat petanque Sabah kami, Husni mengajak kami ronda - ronda KK. Saya dan hubby on jer.

Husni tiba around 8.30 malam dan beliau membawa kami makan malam di sebuah beach side seafood. ( Aik... 2 kali makan rupanya kami ). Tempatnya makan tersebut amat selesa dan makanannya pun sedap. Saya mencuba kerabu udang kerana kat Sibu tak pernah pulak saya jumpa menu tersebut, Wahhh.... sedap.



Balik dari seafood restaurant, Husni sempat bawa kami jalan - jalan ke area Likas dan Menggatal dan sempat lagi menjenguk padang petanque kat UiTM Sabah, lintas 1Borneo, dan singgah di Pasar Malam Kampung Air untuk mencuci mata survey gelang - gelang kristal dan mutiara yang membuat saya rambang mata sebelum balik ke hotel semula. Waah... pada waktu nie, mata saya dah ngantuk sangat. Selepas mengucapkan terima kasih kepada Husni, saya dan hubby pun balik bilik tido. Ngantok beb! Esok sambung journey kami di Negeri di Bawah Bayu ini.