12 March 2009

Desire... The Evolution

Original look


Fasa Kedua

Fasa Ketiga

Desire QSJ 8736 adalah hasil gabungan idea dan minat saya dan abang alil dalam arena modifikasi kereta. Bermula dengan sebuah kereta Kenari merah Aerodown yang cukup standard.. kini ia telah menjadi salah satu kereta yang mempunyai trademark tersendiri di Bandar Sibu ini.

Semuanya bermula dengan evolusi membuat customize bumper depan dan belakang. Selama 2 bulan Desire menjadi carca marba dengan bumper depan dan belakang yang blum dispray... macam keta pakai lampin rupanya... Bila dah ada budget spray... abang alil spray kaler purple. Sebenarnya, abang alil suprisekan saya masa tue... Seronok sangat! Tak sangka abang sanggup spray keta kaler purple... tercapai impian saya selama ini. Dah pasang bumper depan belakang... pasang lagi spoiler... siap customize gitu. Satu benda yang saya bangga dengan modification works Desire adalah... 40 % dari kerja- kerja modified adalah hasil kerja tangan abang alil sendiri. Dia sangat teliti orangnya. Selebihnya, kerja cat-mengecat dan sanding or grinning tue hantar bengkellah... abang takder tools kat rumah. Itupun, kekadang ujung minggu kami berdua dihabiskan di bengkel keta Ah Hook dan Ah Seng. Dari lepak kat situlah saya kenal ramai kaki modified kereta. Abang pun sama... geng kaki modified dier semakin ramai.. tak kira apa bangsa... yang penting.. berkongsi minat yang sama. Hasil dari modifikasi fasa pertama amat membuat saya puas hati. Walaupun $$$ mak aihhh banyak yang habis tapi.. saya tetap happyyyy sangat. Kat jalan raya pula... sure mamat2 kaki modified pusing 2 kali tengok Desire.

Salah satu kenangan yang saya dan abang alil tak dapat lupakan adalah apabila impian kami untuk menjadikan Desire keta yang ada trademark tersendiri kat Sibu ni menjadi kenyataan apabila Desire masuk autoshow kat RH. Mula - mula memang malu... segan.... tapi bila orang datang dan jenguk - jenguk keta... macam nak pengsan ada jugak bila orang kata... cool keta tuk ehhh... keta apa tuk kah? laaa... takkan tak perasan keta kenari?







The most suprising thing yang happen pada saya dan abang yang tak dapat saya lupa sampai kini adalah apabila... saya dan Desire telah diiktiraf sebagai K- Queen yang pertama dari Sarawak oleh majalah K- Kompak. Alhamdulilah... segala usaha kami berdua telah membuahkan hasil. Gembira tak terkata. Desire menjadi story 2 page dalam magazine ini. Macam tak percaya rasanya. Bagi saya dan abang alil ini perupakan pengiktirafan yang tertinggi yang kami berdua perolehi sejak menceburi diri dalam bidang modifikasi kereta ini.... Alhamdulilah... setelah itu... kami berdua mula cool down dari bidang ini kerana lebih kini kami mempunyai lebih banyak komitment. Ternyata.. Desire adalah bukti persefahaman dan perkongsian minat antara kami berdua.





No comments:

Post a Comment