Hari kedua ini kami mulakan dengan plan nak ke Labuan, setelah mendapat maklumat untuk ke Jesselton Point iaitu lokasi untuk menambil bot ke Labuan atau ke Pulau - Pulau Peranginan, saya dan abang alil berjalan kaki ke terminal tersebut. Perjalanan kami mengambil masa 20 minit. Kami jalan relek relek sambil menikmati pemandangan bandaraya Kota Kinabalu. Kedudukan Jesselton Point terletak betul - betul di hujung jalan sehala dari hotel kami. Sure tak leh miss punyer.
Mi Sup Ikan
Selesai makan, saya dan abang alil menuju pula ke pasar malam Kampung Air. Alamak! Saya dah mula rambang mata. Belek punya belek, carik punyer carik, saya kemudiannya membeli 3 set rantai mutiara dengan loket berserta gelang, 2 set kerongsang berantai, 2 utas gelang lebar dan 2 utas gelang kristal suasa. Kesemuanya tidak lebih RM150.00. Yang penting kita kena rajin tawar menawar. Tawar habis habisan! Saya sempat beli purse dan abang alil beli beg sling. Balik bilik... memang saya PUAS! ( tapi... rasa macam ader yang nak dibeli lagi lah nanti.. tengok budget dulu )
Barang yang dibeli dipacking siap - siap. Nasib baik bawak satu beg lain... itu pun dah hampir penuh dengan cenderahati yang dibeli pagi tadi dan malam ini. Saya tersenyum keseronokan. Malam nie, tido awal lagi letih beb jalan - jalan 1 KK... Insya Allah, esok nak ke Labuan pulak.
HARI KE -3
6 MAC 2009
Happy birthday to me... happy birthday to me... happy birthday to Tetty... happy birthday to me!
Alhamdulilah, saya diizinkanNya menjejak usia 31 tahun pada hari ini. Dan specialnya hari ini, saya sambut Bday di Sabah! Macam best lah pulak.
Ekspress ke Labuan
Kami meneruskan pengembaran kami di Sabah ini seawal 7.00 pagi dengan berjalan kaki ke Jesselton Point untuk mengambil ekspress ke W.P Labuan. Setelah breakfast di kafetaria di Jesselton Point, kami berdua mengambil ekspres 8.00 pagi dengan harga Rm 31.00 seorang ke Labuan. Selain bayaran tiket ekspres, ada bayaran sedikit untuk penggunaan dermaga sebanyak RM 3.00 seorang. Jadi semuanya RM34.00 seorang. Ekspress ke Labuan agak besar! Kata abang alil, macam ekspress Sibu - Kuching. Saya tak tahulah pulak .. tak pernah naik ekspres ke Kuching pun. Sebenarnya, ini first time saya naik ekspress. Selesa. Ekpress ini ada dua kelas. Kelas pertama dan kelas ekonomi. Bagi saya kelas ekonomi sudah mencukupi. Selesa. Yang bestnya, sepanjang perjalanan kami dipertonton dengan tayangan filem dan rupa - rupanya ada staff ekspress ini yang jual makanan macam dalam Air Asia! Siap ada trolly lagi. Kreatif!
Dalam ekspress yang agak selesa
Perjalanan kami ke labuan mengambil masa 3 jam setengah!!! Salah budget masa betul. Ntah mengapa maklumat yang saya perolehi kata perjalanan 2 jam setengah. Pergh.. tak cun lalu. Lari budget masa saya. Bot ekspress kami kami tiba di Terminal Penumpang Labuan pada pukul 11.30 pagi. Saya agak terpegun melihat terminal ini berkonsepkan seperti lapangan terbang. Moden dan teratur.
Terminal Bot Ekspress Labuan
Menunggu giliran membeli tiket pulang ke Kota Kinabalu
Bandar Labuan bagi saya tidaklah begitu besar. Mungkin ini hanya sebahagian darinya sahaja. Tapi memandangkan masa tidak mengizinkan, di kawasan ini sahajalah yang dapat saya terokai. Sepanjang perjalanan, di kiri dan kanan jalan yang saya lalui terdiri daripada shoplots yang dua atau tiga tingkat sahaja. Lalulintasnya pun tak begitu sesak dan pokok ditanam dengan banyaknya di pembahagi jalan. Redup jer rasa. Kebanyakkan kedai di sini menjual barangan elektrik, rokok dan minuman keras. Duty Free lah katakan. Coklat pula banyak dijual di kedai di Terminal. Kedai makan pun banyak di sini. Kebanyakkannya kedai makan mamak. Untuk mengisi perut memandangkan waktu dah masuk lunch time, saya dan abang alil singgah kat KFC Labuan. ( Abang alil dan saya musykil... KFC ni tak pakai plate and steel fork and knife seperti kat Sibu, mereka pakai box plate dan plastic fork and knife.. heheheh tak confident lah pulak dengan garpu dan pisau plastik nie. Pakai tangan lagi selesa.. heheheheh )
Bandar Labuan yang kemas dan redup jer...
Setelah lunch, kami sambung perjalanan kami menyusuri deretan - deretan kedai di bandar ini... oh ya, yang saya perasan jugak, banyak kedai menjual alatan memancing lah ( tentu geng - geng G-jul and Haidzar geram tengok macam - macam rupa joran dan spool ada.. ) Around pukul 12.30, kami kembali semula ke Terminal Bot Ekspress. Sebelum tue saya sempat beli fridge magnet tertulis Labuan buat kenang - kenangan. Tepat pukul 12.40, panggilan untuk ke KK diumumkan. Kami berbaris dan dibenarkan masuk secara berperingkat - peringkat ke balai berlepas untuk mengelakkan kesesakkan. Beg kami discan dan tiket kami diperiksa. Kali ini, seat ekspress penuh. Mungkin kerana orang mengambil kesempatan cuti Maulirasul Isnin kelak untuk pulang ke KK.
Sementara menunggu boarding di Terminal Bot Ekspress Labuan.
Nasib baik kami berdua masuk awal. Free seating pulak tue. Nasib baik dapat duduk sama. Sepanjang perjalanan pulang, saya tido jer... ngantok beb. Around pukul 4.30 petang kami selamat tiba semula di KK. Bila dikenang - kenang, nak gelak pun ada. Perjalanan KK- Labuan -KK , tujuh jam. Berada di tanah Pulau Labuan, 1 jam! Waaahhh... letih! Tak berbaloi pulak rasanya. Tapi, at least saya puas hati. Sampai jugak ke pulau Labuan. Pesanan saya, kalau nak ke Labuan, baik bermalam di sana. Baru puas hati.
Memandangkan hari telah petang dah badan terasa letih lama sangat dalam Bot Ekspress, saya dan abang alil mengambil keputusan untuk berehat sahaja di bilik hotel. Malam nanti ingatkan nak pergi 1Borneo lah pulak. Ia dikatakan sebagai shopping kompleks terbesar di Borneo. Hmm... teringin pulak nak ke sana.
Around pukul 6.45 petang, saya dan abang alil keluar untuk mencari transport ke 1Borneo. Dari maklumat yang saya perolehi, untuk ke 1Borneo saya boleh ambil teksi dari hotel dengan harga around RM24.00 atau CityBus dengan harga RM1.00 ( CityBus nie bas yang cantik kaler Hijau Kuning boleh diambil dari seberang jalan depan bangunan mahkamah ).
Hubby menunggu free bus shuttle ke 1Borneo
Namun begitu saya dapat satu lagi tip yang saya nak kongsi bersama. Andai kata anda tinggal berdekatan dalam pusat bandar KK, cuba jalan kaki ke Warisan Square yang terletak di sebelah CP. kat belakang tue bertentangan dengan restaurant seafood besar tue ada 'bus stop' untuk free shuttle bas ke 1 Borneo. Saya dan abang alil nak save budget jadi kami sanggup cari free bus shuttle ni. Rupa - rupanya, kali kena tunggu setengah jam lagi memandangkan yang pukul 7 dah penuh.
Sementara itu, saya dan abang alil berlegar - legar di kawasan Warisan Square dan saya terjumpa... SECRET RECIPE! Waaahhh apa lagi... saya dan abang alil mengambil keputusan sambut birthday saya dengan dinner bersama dahulu sebelum ke 1 Borneo. Andaikata kami terlepas bas kul 7.30 malam, plan B hari Isnin jerlah kami ke sana.
Our birthday dinner together
Di Secret Recipe, saya cuba fish with losbster sauce. ( Hmm... sedap jugaklah but I dont think I will order this meal anymore in the future, not to my taste ) Abang Alil order chicken chop. ( Hahhh... nie sedap. Next time nak order nielah pulak ) Saya order vegetarian sato. ( Yang nie pun sedap... kami berdua kongsi yang nie...lain kali saya nak order yang nie jer pun dah cukup ). Enjoy mamam dinner dengan abang. Romantic jer rasa. Lepas makan, kami lepak - lepak kejap. Around pukul 7.30 kami pergi semula ke tempat shuttle bas tadi. Sebenarnya, Secret Recipe kat blok belakang tempat shuttle bas nie. Dekat jer. Mintak tiket dari staff di sana. Mereka semua friendly. Tak lamer kemudian, bas pun datang. Perjalanan ke 1 Borneo kira - kira 15 minit. Tak jauh pun.
Sampai di sana, saya dan abang alil apa lagik... shoppinglaaa... hehehehh window shopping sebenarnya. Kelasss jugak tempat nie. Macam the Spring, Kuching pun ada. Macam the Mid Valley, KL pun ada. Kat sinilah letaknya Hotel Tune ( adik beradik AirAsia). Kebanyakkan kedai di sini boutique berjenama. Lagi UP dari CP laa. Semasa di sini saya sempat pulak beli jeans Levi's.. ada sale masa tue. Abang pulak sempat beli T- shirt Zoo York. Pun tengah sale. Heheheh.... Banyak jugak kedai yang blum dibuka atau coming soon. Mungkin tengah tahun nie lagi banyak kedai yang dah dibuka tentu lebih meriah shopping compleks nie. Setelah 2 jam berjalan- jalan dalam 1Borneo, saya dan abang mengambil keputusan untuk balik berehat.
Taking a break at 1 Borneo
Esok nak ke Ranau pulak dengan Husni. Takut letih pulak. Kami ambil shuttle bus semula di tempat kami diturunkan tadi. Nasib baik tak ramai orang. Kira - kira sepuluh minit menunggu, kami bertolak semula ke Warisan Square pada pukul 9.30 malam. Best jugak pakai shuttle bas kerana kita dapat melihat pemandangan KK di malam harilah pulak. Kami tiba di Warisan Square around 10.00 malam. Saya dan abang berjalan kaki dari sana ke hotel. Walaupun dah pukul 10.00 malam tetapi bandar KK masih 'hidup' dengan kegirangan malam. Sampai sajer saya dan abang kat hotel, kami tido.. letih beb. Mana taknya, dari 7 jam dalam bot ekspress pergi balik Labuan dan jalan- jalan dalam 1Borneo, tak larat beb. Esok pulak dah janji bertolak seawal 7.00 pagi dengan Husni. Esok sambung lagi... Insya Allah.
salam... thanks fyi mmg berguna!! .. bab next year kami sekeluarga nak g kk dan labuan.. Insyaallah..
ReplyDeletethanks kerana layari blog saya... niat saya pun memang nak share pengalaman saya .. mana tahu ada yang boleh di ambil sebagai panduan... saya sebelum nie pun suka baca blog orang kerana banyak info yang berguna dapat diperolehi... selamat bercuti!!
ReplyDeletethanks....banyak info i dapat, bulan 9 nie nak bawak satu family pegi sana!
ReplyDelete