Hari kedua adalah sesi yang paling dinantikan oleh para peserta iaitu sesi solekkan. Tenaga pengajarnya merupakan seorang jurusolek yang well known di KL. Beliau pernah menyolekkan artis - artis seperti Maya Karin, Nurul dan beberapa lagi yang saya luper namanya. Cikgu solek kami telah mengajar secara detail mengenai teknik - teknik solekkan yang betul dan kami semua perlu mempraktikkan setiap yang diajar dengan betul. ( Siap ada kuiz lagi semasa sesi nie.) Pada hari ketiga atau terakhir, kami semua dikehendaki menyolekkan diri seperti yang diajar, dengan hanya menggunakan solekkan yang dibekalkan. Tema kami adalah " Dinner Dress up ". Ia merupakan assignment terakhir kami dan akan diadakan pertandingan sekali. Masa tue memang saya bingung teramat sangat kerana saya takder baju untuk dinner. Waaaa... sedihnyer! Pada hari kedua itu juga kami diberi assignment untuk membuat make over secara spontan. Saya mati kutu... last last, saya ubah penampilan tudung saya dari cara biasa, saya tukarkan ke cara seperti Bienda.Selepas itu, setiap kami disuruh buat catwalk. Macam - macam gaya catwalk yang ditunjukkan oleh para peserta dan apabila tiba giliran saya, saya kumpulkan segala semangat dan dengan terngia- ngia lagu latar / runut American Next Top Model di fikiran, saya buat catwalk dengan bersahaja. Cikgu solek amat impress dengan cara jalan saya. Tapi saya jujur katakan saya punyerlah malu.. tak terkata. Tapi, sehingga saat ini, saya ingat lagi Cikgu solek kata sambil merujuk kepada saya " jaga- jaga dengan yang ini... dia saingan terkuat kamu semua". Saya bagai tak percaya mendapat kata - kata komen sebegitu rupa. Bagi saya itu merupakan satu pembakar semangat yang tak diduga. Saya bersyukur kepada Allah kerana saya diberi peluang buat catwalk. Ia merupakan impian rahsia saya sejak dulu lagi. Sejak saya lihat gambar mama buat catwalk masa show d Johor dulu. Kini, saya berjaya mencapai impian saya.
Pada hari terakhir, kami semua bersolek sehabisnya dengan mengenakan pakaian dinner dress. Saya pakai simple jer... baju kurung moden, bertudung dan berselendang. Bila dibandingkan diri saya dengan peserta lain... terasa seperti langit dan bumi. Semua peserta kelihatan amat anggun pada pagi tersebut. Pada masa penutupan, kami semua dikehendaki membuat catwalk sekali lagi dihadapan tetamu yang datang. Saya syukur segalanya berakhir dengan baik dan saya beruntung mendapat ilmu yang amat berharga sepanjang 3 hari berkursus ini. Satu perkara yang tak mungkin akan saya lupakan dalam kursus ini adalah.... saya mendapat gelaran " The Best Make Over " waaahhh... tanpa disangka! Alhamdulilah... ia merupakan satu pengiktirafan yang amat berharga bagi saya. Siap gambar saya masuk surat khabar lagi... Walaupun saya telah menghadiri kursus - kursus sebegini, namun saya masih belum berpuas hati sepenuhnya. Saya berjanji dengan diri saya yang saya akan lebih mendalami ilmu kecantikan ini dengan menyertai lagi kursus - kursus sebegini dan akan mempraktikkan apa yang saya belajar dalam kehidupan seharian. Bagi saya.. apalah guna ilmu kalau tak dipraktikkan dan dikongsi bersama orang lain....
No comments:
Post a Comment