12 March 2009

Image.. Finding Myself


Zaman dulu - dulu

Sesiapa yang mengenali diri saya sejak zaman persekolahan akan kenal saya sebagai budak yang tak suka dress up. Maksud saya, saya tak suka bergaya atau memakai make up. Tak suka pakai baju girlie - girlie dan memang boyish. Betol! kalu masih tak caya, silalah tanya ngan geng - geng dan famili member saya. Dari sekolah menengah hinggalah tamat UTM in 2001, saya gemar ber jeans, T- shirt baggy, cargo pants, bawak knapsack dan bersneaker.
Saya hanya beli kasut pompuan masa raya jer. Kira 1 pair satu tahun. Saya mula beli open sandle pompuan pulak dalam tahun 2001. Ketika kawan - kawan lain menyarungkan Vincci, ARS, Sembonia, Emilio Velentino di kaki, saya pula sibuk dengan kasut Bata POWER. Koleksi sneaker saya pulak dalam berbagai warna. Kasut pompuan pulak, kasut Bata yang flat shoes. Itulah sepatu yang saya kenakan dengan baju kurung disepanjang 5 tahun saya study kat UTM.
Terus terang saya katakan, saya nie punyerlah degil nak bermake up sampai mama and my sis, Nora punyerlah geram nak make upkan saya kerana mereka tak pernah tengok pakai make up atau pakai ladies ( kecuali hari raya ). Nora memang tak tahan nak trim bulu kening saya yang dikatakannya macam Bart & Earnie dalam cerita Sesame Street. Hahaha... sampai sekarang... dier tak dapat nak trim ... hua hua hua... makan hati lah kamu! Even at one stage, my mum even sanggup nak spon me for a make over at Dior Counter kat Riverside Majestic kerana dia suka tengok anak Aunty Zaby ( Nabila ) kena make up professional... macam model gitu. Saya sampai terkeluar air mata tak nak dimake up. Last - last mama and nora give up. Bukan mereka sajer... auntie - auntie and my other friends pun dah kering air liur menasihati sayer. Sayer buat dek jer!

Bila saya mula masuk kerja, fesyen turun kerja amat simple.. Baju kurung dan kasut flat untuk hari yang tak pergi site. Kalu pergi site atau saya malas nak pakai baju kurung... saya pakai seluar slack dengan kemeja lelaki. Haaa... masa nie saya rasa kalu orang tak tahu jawatan saya, sure mereka ingat saya budak pejabat... ( saya rasa pekerja rendah di pejabat pun dress up jauh lebih baik dari saya ). Bukan apa... pernah sekali... ada orang ingat saya budak praktikal... kuang kuang kuang. Nak dijadikan cerita, entah apa mimpi, saya pakai baju kebaya pergi kerja pada suatu hari tue... tup - tup saya diberi arahan untuk check bawah jambatan... Masa saya pergi buat inspection tue, kain kebaya saya terlekat kat guardrail dan saya hampir jatuh tersembam... *%$@!!!! Memang geram saya masa tue. Lepas tue... boleh dikira dengan jari berapa kali saya pakai baju kurung sebulan. Hahahha... Serik beb!!!

First time saya kena make betol - betol adalah bila saya dah mula bekerja.. waaa... saya TERPAKSA dan DIPAKSA untuk make up bila saya join nasyid Dhiya'ul Haq. Kali pertama dimake up, saya telah menerima sentuhan solekan dari Aleesya.. ( bukan nama sebenar, nama sebenar Khalik )... kata kawan - kawan yang sama sesi make up ngan saya... saya nampak lain sangat- sangat - sangat. Bukan sajer kawan saya yang kata begitu... saya sendiri pun rasa sedemikian. Bak kata orang, make up Aleesya 'masuk'. Saya hantar email gambar setelah disolek kepada adik & mama saya... mereka punyerlah terkejut. At first my mum tak recognize gambar sapa tue. Adakah patut!! hahahah...

Lepas hal nasyid tue.... saya masih tak pakai make up lagi untuk ke opis. Then, kami terpaksa pula buat persembahan tarian sempena hari keluarga Kali nie, saya dihias oleh Lyn. Lin nie memang pandai make - up orang... jadi saya serahkan jer muka dier untuk dihias. Bukan sahaja saya... bahkan semua penari - penari pada hari tue kena make up oleh Lin. Dan hasilnya.... agak membanggakan... saya gembira. Ramai staff tak kenal saya kerana saya nampak lain sangat. Kalu tak kerana ketinggian saya dan kekurusan ... sure orang tak kenal. Pada tahun berikutnyer ( 2005 ) ... kami join lagi nasyid dalam Dhyia'ul Haq. Masa tue yang tukang 'make up' nye Kak Ida. Masa di 'make up' oleh Kak Ida... ada di antara kami yang nampak sesuai dengan sentuhannya tapi yang ingin ditegaskan bahawa... pada malam tersebut, make up saya tak 'menjadi'... tak taulah kenapa. Highlight mata menjadi terlalu putih. Even masa diambil gambar pun... ketara nampak putih. Huahhh... sedih.. tapi.. ada di antara kawan - kawan saya yang masuk make - up... gambar mereka lah yang cantik.... Pada tahun 2006, saya tubuh pulak kumpulan Soutul Nur Hidayah... kali nie, budget kami ciput jer jadi kami mintak tolong Lin lagi solekkan kami. Kalu sebelum nie budget satu muka kalu tak silap saya RM 10 seorang... ( harga tolong kawan ) tapi kali nie Lin yang tolong dengan ikhlas hati. Dia pasangkan foundation, make up kan yang penting tapi kami sendiri touch up masing - masing. Hasilnya sangat - sangat memuaskan. Dan yang paling best nya, kami JUARA pada malam itu... pee weet!!!

Sepanjang 2004 - 2006, tidak salah saya katakan... saya telah menambahkan keyakinan diri saya dalam hal - hal hias menghias ini. Tanpa saya sedari saya telah mula jatuh hati ke arah seni solek menyolek ini, atau secara keseluruhannya.. bidang kecantikkan nie. Ia datang dengan sendirinya. Saya mula minat memakai pakaian yang lebih ladies... pakai make up yang simple dan mengikuti perkembangan fesyen. saya dah mula beli majalah majalah seperti CLEO, Eh!, In TRend, Nur dan beberapa lagi majalah yang mengutarakan tentang topik kecantikan. Saya benar - benar amat bersyukur kerana suami saya ( boyfren ketika itu ) amat menyokong penglibatan saya dalam bidang nie. Terus terang saya katakan... abang Alil adalah pengkritik saya yang paling kuat.

Akhirnya... my greatest make over was semasa hari perkahwinan. Saya telah mendapat sentuhan seorang jurumekap yang saya kagumi, Kak Rozi dari Pusat Andaman Cinta, Kuching. Kak Rozi telah dipertanggungjawabkan untuk mengandam saya sebagai seorang ratu sehari. Ketika itu saya rasa diri saya seperti model... dengan pakaian laksana seorang puteri dan solekan yang menyerlahkan diri saya.. saya memasang angan angan... saya ingin menjadikan bidang andaman dan solekan sebagai satu kerjaya sampingan saya di masa akan datang. Saya bertekad. Saya ingin wanita - wanita diluar sana mendapat peluang untuk menjadi cantik. Biar mereka yakin dan selesa dengan diri mereka sebagaimana Kak Rozi telah memberi suntikan semangat kepada saya untuk lebih memahami bidang kecantikkan ini. Saya telah jauh berubah... Satu evolusi yang membawa diri saya menerokai bidang yang tidak pernah saya sangka akan saya minati satu hari nanti. Saya amat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana membuka hati saya untuk menghargai keistimewaan yang telah Dia kurniakan kepada hamba- hambanya iaitu keindahan... kejadian manusia.

No comments:

Post a Comment