12 March 2009

Make Over







As semua orang tahu, saya paling tak suka bermake up kecuali pada waktu - waktu tertentu sahaja. Oleh kerana hal ini, ramai yang memberi komen bahawa wajah saya kelihatan berbeza apabila dimakeup. Dengan ini, saya amat suka buat MAKE OVER iaitu bersolek sehingga kita kelihatan lain dari biasa. Biasanya sesi make over nie diadakan di pasaraya - pasaraya terkemuka dengan menggunakan jenama terkenal dan dikenakan bayaran - bayaran tertentu. Pakej makeover ini biasanya lebih RM100.00 dan untuk menyertainya, kita perlu membuat pembelian untuk satu jumlah tertentu. Dalam pakej ini mereka akan beri gambar A4 / 8R yang telah ditouch up satu keping dan 2 atau 3 keping gambar 3R atau mengikut apa yang diwarakan di dalam pakej. Biasanya sesi make over ini akan melibatkan sesi solekkan, dandanan rambut dan sesi fotografi termasuk pinjaman pakaian seperti shawl atau jacket.

Kali pertama saya membuat make over adalah semasa mengambil gambar studio untuk majlis perkahwinan saya. Saya memang nampak lain sunggu dalam gambar tersebut sehinggakan ada famili member saya bagaikan tak percaya itu adalah saya. Well... sebenarnya gambar tue kena touch up. Tue pasallah nampak lain sangat. Sejak itu saya seronok buat make over kerana pertama, ia dilakukan oleh seorang jurusolek professional dan kedua.. saya suka membuat kejutan.

My next make over was semasa Shishedo buat roadshow di Wisma Sanyan. Saya bayar RM350 untuk seluruh pakej termasuk 7 pcs gambar 5R, 1 gambar 8R, 4 keping wallet size photo dan 1 CD. Sesi make up / dandanan rambut dan gaya pakaian juga termasuk dalam pakej ini. Oh ya... saya juga beli sebotol perfume Shishedo untuk melayakkan saya menyertai make over ini. Dalam sesi fotografi kali ini, saya mengenakan tudung untuk 4 shot dan dalam 4 shot yang lain, saya biarkan rambut saya didandan. Yang eloknya, sesi fotografi kali ini dilakukan dalam ruang tertutup. Jadi, taklah saya segan sangat berposing habis habisan.

Sekarang nie, saya pantang tengok sesi make over, sure saya nak join kerana... saya ada minat baru iaitu untuk mengumpul portfolio seperti model seperti yang saya tonton dalam American Next Top Model. Hehehehhe.. Tak salah kita berangan kan?

2 comments:

  1. i ingatkan adik ngn maikel jekson tadi....sori...yeah...joking jak...anyway, keep up your blog, so far so good and informative...kamek sik da blog...maok nunggu taun 2030....he..he..

    ReplyDelete
  2. sabar jak kamek... heheheh.. thanks for the support kay... ya best bila kita sharing...

    ReplyDelete